Pages

Saturday, July 30, 2005

KOMESENG

KOMESENG adalah perkataan biasa yang dituturkan di Terengganu. Ia perlu didengar betul-betul, sebab ia boleh bermaksud komisyen atau common sense. Pada kali ini saya ingin bebelkan mengenai komeseng yang membawa erti common sense.

Jika anda keluar rumah pada waktu malam, adakah anda akan memadam lampu?
-Mungkin padam untuk jimatkan elektrik
-Mungkin tidak kerana faktor keselamatan

Bagaimana pula dengan kipas atau alat hawa dingin?
Saya rasa adalah komeseng untuk menutup suis lampu atau alat hawa dingin apabila kita keluar rumah dan tiada siapa lagi di rumah. Kita tak perlu fikirkan apakah alasannya, ia adalah komeseng.

Semalam MBA tanyakan seorang staf yang balik lambat dari pejabat dan dijangka ia adalah orang yang terakhir meninggalkan pejabat. Adakah anda akan padamkan lampu sebelum pulang?. Beliau menjawab tidak dan tidak pernah berbuat begitu. Bila ditanya mengapa, jawapan yang diberikan ialah "tiada arahan diberikan" supaya menutup lampu. Tanpa arahan, mungkin ia adalah suatu kesalahan, jadi saya tidak perlu tutup. Lagipun dulu, kita keluar pejabat tak perlu tutup dan kunci pintupun.

Jadi di sebelah malam, ofis saya akan bergemerlapan cahaya lampu.... nak guna komeseng atau nak tunggu arahan?.

Kadang-kadang komeseng ini berbeza dari seorang ke seorang lain, bergantung kepada suasana dan latar belakang mereka. Misalnya jika kita masuk ke bilik air yang berpermaidani (carpet), adakah kita akan mandi dengan menjiruskan badan dan membasahkan karpet tersebut?.

Semasa tinggal di UK dulu, bilik air rumah kami memang berkarpet, maklumlah rumah mat salleh. Jadi kami perlu berhati-hati bila mandi supaya karpet tersebut tidak basah. Jika basah, kami sendirilah yang akan mengeringkannya. Namun bila orang kampung datang bertandang, adalah komeseng bagi mereka masuk bilik air untuk mandi dan mandi mestilah habiskan berbaldi-baldi air, itu adalah komeseng bagi mereka. Apa yang jadi? Air meleleh dari tingkat atas sampai masuk ke dalam metol lampu di tingkat bawah. Bila tetamu pulang sahaja, habislah karpet basah kami kerjakan ....

No comments:

Post a Comment