Pages

Friday, July 15, 2005

BAJU BATIK - BAJU MELAYU

HARI ini adalah merupakan hari pertama penjawat awam memakai batik ke pejabat setelah kerja 5 hari seminggu diperkenalkan. Surat pekeliling terbaru menyatakan baju batik hendaklah dipakai pada 1 dan 15 haribulan pada setiap bulan. Peraturan ini mula berkuatkuasa pada pertengahan Julai (hari ini). Sekiranya 1 atau 15 haribulan tersebut jatuh pada hari cuti, maka pemakaiannya tidak perlu diganti dengan tarikh lain. Sekiranya ia jatuh pada hari Jumaat, kakitangan Islam digalakkan untuk memakai pakaian kebangsaan.

Tinjuan di Putrajaya dan Kuala Lumpur pada hari ini menunjukkan pemakaian batik atau baju kebangsaan tidak begitu meluas. Masih ramai penjawat awam yang berpakaian biasa. Ada yang tidak perasan. Ada yang terlupa dan macam-macam alasan lagi. Jika dulu, mungkin orang rumah boleh mengingatkan setiap Sabtu dengan pakaian batik. Namun kini, 1 dan 15 haribulan membuatkan mereka terlupa ...

Mengenai pakaian kebangsaan pada hari Jumaat pula, sang isteri sengaja buat-buat lupa kot. Al maklumlah pakai baju Melayu lengkap bersamping ni dikaitakan dengan nak jumpa Tok Kadhi.....

Nota kaki

Apakah nama sebenar/rasmi pakaian di atas?
A = Baju Melayu (Orang Melayu saja pakai, orang Cina tidak)
C = Pakaian Kebangsaan (Patut dipakai oleh semua bangsa)
D = Baju Malaysia (Melayu Indonesia dan negara lain tak pakai)
E = Semua Di atas

No comments:

Post a Comment