Pages

Tuesday, June 28, 2005

MEMAKAN GENGIS KHAN

DALAM sesi sidang video dengan pelajar-pelajar Sapporo yang lepas, mereka membuat satu persembahan tentang kebudayaan Sapporo. Empat kebudayaan utama di Sapporo ialah:-

- Memakan Gengiskhan
- Tarian Yosakai Soran
- Festival Salji
- Odori Park

Saya agak terkejut apabila memakan gengiskhan adalah merupakan budaya utama mereka, lantas saya bertanya apakah Gengiskhan yang mereka makan. Siapapakah Gengiskhan?. Adakah anda tahu bahawasanya Gengiskhan (dan Kublaikhan) adalah suatu nama besar dalam sejarah dan peradaban Islam?



Pertanyaan ikhlas rasa ingin tahu saya ini agak sukar untuk dijawab oleh pelajar-pelajar ini beserta guru mereka. Akhirnya setelah diterjemahkan, Gengiskhan adalah merupakan makanan tradisi di Sapporo. Ia adalah merupakan BBQ daging kambing dan sayuran. Ia dihidangkan dalam sejenis dulang yang bentuknya seakan-akan topi atau mahligai yang dipakai oleh Gengis Khan.


Jika benar jawapan tersebut maka sahlah tradisi "memakan gengiskhan" yang dimaksudkan ialah Gengis Khan yang berasal dari Mongolia yang akhirnya digantikan oleh Kublai Khan. Mengikut sejarah sememangnya Gengis Khan menyerang dan menakluki sebahagian besar dari benua Asia hingga ke Eropah. Ia termasuklah China dan Korea. Walau bagimanapun khabarnya Gengis Khan dan Kublai Khan tidak berjaya menakluki Jepun setelah dua kali menyerang menggunakan sehingga 4.000 kapal perang. Ini ialah kerana cuaca buruk hurricane yang kemudiannya dinamakan kami-kaze (angin Tuhan)oleh orang Jepun.

Agaknya selepas peristiwa ini orang-orang Sapporo mula menyimpan dendam terhadap Gengis Khan dan memakan daging kambing BBQ di atas dulang mahligai Gengis Khan dengan meniatkan memakan otak Gengis Khan (agaknya lah). Mungkin ada cerita yang sebenarnya yang sahih ....

Jika begitulah ceritanya saya rasa, orang-orang Islam, khususnya negara OIC perlu berbuat sesuatu. Misalnya dengan memberi tahu kerajaan Jepun bahawa orang Islam seluruh dunia berasa tersinggung dengan budaya orang Sapporo memakan daging Gengiskhan. Bukan nak halang mereka nak makan daging, makanlah, tetapi berilah suatu nama lain, janganlah makan sebegitu lazat diberi nama dengan seorang besar dalam sejarah peradaban dunia. Sudah tentu orang Jepun akan marah sekiranya orang Melayu membuat sup 'gear box' yang kemudiannya dinamakan "sup HiroHito", iaitu seorang maharaja Jepun. Atau ada ke dalam dunia ini "daging panggang Hitler" misalnya?

Ayuh...... kita buat kajian mengenai "memakan gengiskhan" dan melakukan sesuatu selepas ini.


BBQ yg kat atas tu Gengiskhan dan yg kat bawah tu sayur

No comments:

Post a Comment