Pages
▼
Wednesday, June 08, 2005
autobiografi MERENTAS LALUAN
SEMASA minggu lepas saya sempat menghabiskan sebuah buku berjudul MERENTAS LALUAN autobiografi Zaharah Nawawi, Pemenang SEA Write Award 1996.
Autobiografi bermakna riwayat hidup yang ditulis sendiri oleh pengarangnya. Ia berbeza dengan biografi yang bermakna riwayat hidup yang ditulis oleh orang lain.
Apabila membeli buku ini, saya berharap untuk mendapat sebuah 'autobiografi' seorang penulis yang menerima SEA Write Award dan menilai sebuah karya yang ditulis menggunakan dana dari DBP sebagai Karyawan Tamu untuk menulis dan menyiapkan bukunya.
Setelah habis membacanya, saya memperolehi beberapa kisah dan pengajaran berguna daripada buku ini. Namun saya berpendapat ia tidak menceritakan riwayat hidup yang sepatutnya diceritakan. Maksud saya ialah riwayat-riwayat hidup biasa seseorang yang mempunyai nilai untuk diketahui oleh pembaca, apatah lagi jika kisah tersebut ditulis menggunakan dana daripada wang rakyat. Ia adalah berbeza jika menulis riwayat hidup sendiri yang tidak menggunakan wang orang lain. Saya rasa buku ini lebih banyak meninggalkan tanda soal berbanding dengan jawapan mengenai sesebuah karya autobiografi. Saya juga faham bahawa penulis juga mempunyai privacy tersendiri yang tidak perlu diumumkan. Namun autobigrafi ini. Namun buku ini terlalu banyak menceritakan tentang cerita dongeng @ cerita rakyat yang diceritakan oleh ibunya berbanding dengan riwayat hidup sebenar penulis.
Penulis mungkin ingin mencari suatu kelainan dalam menulis autobiografi, namun bagi saya cara begitu belum tiba masanya lagi. Apabila saya bandingkan autobiografi oleh penulis lain, umpamanya Perjalanan Mencari Bahasa Abdullah Hassan (Edisi Khas Sasterawan Negara), ia namoak sangat terlalu berbeza. Abdullah Hassan memang menceritakan tentang riwayat hidup dalam segmen tertentu (mencari bahasa) dan rasanya ia memang bercerita dengan cara yang menarik tanpa meninggalkan tanda soal kepada pembacanya. Walaupun Abdullah Hussain seterusnya menulis beberapa buah autobiogtafi lagi dalam siri "perjalanan mencari"nya.
Dipendekkan cerita, autobiografi ini bukanlah merupakan riwayat hidup yang lengkap dari perspektif yang hendak diceritakan. Sebaliknya kisah-kisah here and there yang ingin ditulis dan disembunyikan oleh penulis.
nota: penulis menceritakan yang ia tidak suka dikritik dan saya ingin tegaskan ini bukanlah kritik, cuma ulasan setelah mengeluarkan RM23 untuk memilikinya :)
No comments:
Post a Comment