Pages
▼
Wednesday, May 25, 2005
PANTUN MELAYU MODEN
Daripada pertuturannya, Pak Ungku jelas kecewa dengan sikap orang Melayu yang sudah mula melupakan pantun dan beralih kepada sajak moden.
“Ramai orang kini sangat tertarik dengan sajak moden, mereka tidak faham nilai pantun,” katanya.
Bagi Pak Ungku, mereka yang beralih kepada sajak sebenarnya sudah ketandusan idea.
"Sajak itu tunjukkan minda dia itu sudah... kalau nak katakan bankrap orang marah. Memang tidak begitu kreatif bagi saya. Orang lain mungkin tak setuju tetapi itu kebebasan mereka,” katanya.
Ditanya mengapa beliau terus memperjuangkan pantun ketika populariti seni kesusasteraan itu semakin tenggelam, Pak Ungku berkata ia sebagai cabaran berfikir.
Sumber : Petikan dari sembang sabtu Berita Harian 2 / 4 / 05
Profesor DiRaja Ungku Aziz
Berikut disertakan beberapa "pantun moden' yang dipetik sebahagiannya dari akhbar Mingguan Malaysia untuk 'membuka minda' semua:-
Timang tinggi-tinggi
Dapur tak berasap
Bila besar nanti
Duduk dalam lokap
Pisang emas dibawa berlayar
Tinggal sebiji di atas peti
Hutang emas tidak berbayar
Wang rakyat dibawa lari
Harap-harap padi seberang
Entah-entah tidak menjadi
Harap-harap kepada kawan
Kawan sendiri cabut lari
Nasi lemak buah bidara
Kerana selasih hamba lurutkan
Tinggallah emak tinggalkan saudara
Kerana pangkat anakanda turutkan
Indra Giri pasirnya lumat
Kerang bercampur dengan lokan
Bagaimana nabi kasihkan umat
Begitulah saya kasihkan gelaran
Apa guna hidup membujang
Tidur malam syok sendiri
Kiri jalan kanan pun jalan
Sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesanpun jangan
Sama-sama kepala batu
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba kain kencana
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang saya papa kedana
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan tuan makan
Suruh mengundi haram tak mahu
Orang miskin teruk bekerja
Orang kaya duduklah saja
Datuk-datuk makin ramai
Malam-malam timang cucu
Bunga cina di atas batu
Daunnya dimakan siulat bulu
Orang muda melepas rindu
Orang tua menanggung malu
No comments:
Post a Comment