Pages

Tuesday, April 26, 2005

IKUT YANG BURUK - TURUT YANG BAIK

KHABARNYA menteri kanan Singapura, Lee Kuan Yew menyesal kerana tidak meluluskan pembinaan kasino di Singapura semasa pemerintahan beliau dulu. Walhal jiran dan saingannya begitu berjaya dengan perniagaan tersebut. Kasino @ judi adalah diharamkan dalam Islam. Namun bagi negara seperti Singapura, pembinaannya tidak diluluskan kerana dikhuatiri akan merosakkan akhlak muda-mudinya. Begitu sekali pemikiran beliau pada masa itu hinggakan melupkan soal keuntungan hasil dari industri judi tersebut. Walau bagaimanapun, tanpa kasinopun muda-mudi Singapura telah tidak menentu akhlaknya (kata beliau), maka apa salahnya kini (sebelum terlambat), kerajaan meluluskan pembinaan kasino tersebut.

Berlainan sekali pertimbangan Lee Kuan Yew yang memikirkan pasal akhlak rakyatnya untuk tidak meluluskan pembinaan kasino berbanding dengan yang melulus, mengesyor malahan mendesak pembinaan kasino di Genting di negara kita. Al-kisah bagaimana Tan Sri Goh Chok Tong membina kasino di Genting terdapat dalam buku riwayat hidupnya Cerita Saya.

Jadi kini Singapura telah mengikut perangai b***k jirannya dan akan membina dua buah kasino.

Akan kerja yang baik pula, umpamanya gelanggan F1, Singapura juga terasa ketinggalan kerana acara tersebut yang menjadi tumpuan dunia telah diadakan di negara jirannya dan bukan dinegaranya. Jadi timbullah ura-ura bahawa Singapura juga akan membina gelanggan F1 untuk sama-sama bersaing. Malangnya ura-ura ini telah disangkal oleh penganjur F1 yang pada masa ini bertanding di 20 litar. Bilangan ini akan dikurangkan kepada 17 pertandingan sahaja setahun. Jadi jiran tidaklah dapat menuruti perangai b*** jirannya.

1 comment:

  1. Anonymous11:30 AM

    Jgn hanya menuding jari pd org lain. Lihatlah pd diri sendiri juga. Jika akhlak remaja sana dah cukup baik, barulah boleh ckp org lain. Sedangkan kadar mat gian, perompak disana terlalu ramai, walaupun itu negara Islam.Tiap hari, ada saja diantara kami yg kene rompak ketika disana. Dan jarang sekali remaja Spura sebegitu walaupun hidup dlm negara majoriti bangsa asing. Dan jgn hanya sekadar memandang kpd satu kemajuan seperti litar F1 kerana ada banyak lagi yg perlu dicapai utk setarafkan diri seperti standard pelajaran kami yg tertinggi di dunia. Kami berkerja keras hingga menjadi negara paling bersih, selamat, bersih dari dadah, rasuah dll. Oleh itu jgn lah kita pandang dari satu perspektif sahaja.

    ReplyDelete