SAYA telah menguruskan program homestay pelajar dari Jepun di Malaysia sejak beberapa tahun ke belakangan ini. Program ini diadakan setahun sekali di bawah tajaan JICA. Tugas saya, secara sukarela cuma mencari keluarga di Malaysia (di Lembah Kelang) yang berminat untuk mengambil anak angkat ini. Keluarga yang berminat juga tidak diberikan apa-apa imbuhan kewangan, semuanya secara sukarela sahaja.
Namun pada tahun ini saya lakukan 2 homestay serentak. Ia itu kedatangan 8 orang pelajar dari Jepun dan pemergian 15 orang dewasa ke Nagoya bagi tujaun homestay. Tarikh homestay di Nagoya sememangnya telah dirancang dalam beberapa bulan, namun tarikh kedatangan pelajar Jepun adalah tanpa dirancang. Oleh itu pada tarikh yang sama terdapat dua program homestay yang memerlukan input yang padu dari saya. Mengapa saya dan bukan orang lain?. Ah saya tak kuasa nak mengarahkan orang lain buat kerja ini. Lagipun saya sudah lakukannya sejak beberapa tahun dann setakat ini tidak ada masalah sangat.
Namun pada tahun ini, semenjak 17 Februari hingga hari ini (15 Mac), ya selama sebulan saya ke hulu ke hilir menjaja 'anak-anak Jepun' ini untuk dijadikan anak angkat. Oleh kerana tarikh akhir pengesahan keluarga angkat ialah pada minggu ini, saya hampir-hampir putus asa kerana 3 orang anak angkat masih belum 'laku' juga. Lagi pula, pada tarikh tersebut (26 Mac) saya akan ke Nagoya untuk mengiringi peserta homestay di sana. Jika tidak saya saja yang akan ambil semua yang berbaki ini.
Syukurlah usaha terakhir saya melalui SMS pada hari ini telah membolehkan kesemua tiga orang pelajar ini telah mendapat keluarga angkat masing-masing.
Dari pengamatan saya:
1. Keluraga Melayu/Malaysia tidak begitu gemar mengambil anak angkat begini dengan alasan: rumah berselerak, tidak cukup bilik, tidak tahu bahasa Jepun, tidak tahu nak buat apa, tidak biasa.
2. Anak angkat perempuan adalah lebih disukai berbanding dengan lelaki.
3. Orang Malaysia lebih suka/percaya menghantar anak lelaki untuk dijadikan anak angkat di Jepun, berbanding dengan anak perempuan.
Di Masa Hadapan, Saya Sepatutnya
1. Mengadakan database kawan-kawan/keluarga yang berpotensi menjadi keluarga angkat
2. Mengagih-agihkan kerja-kerja ini kepada pasukan 'pemasaran' yang lebih tersusun.
3. Sentiasa mengadakan network dengan keluarga-keluarga angkat terdahulu
4. Jangan pandai-pandai sanggup jadi sukarelawan begini lagi ...
5. Mengenakan bayaran perkhidmatan sebagai insentif kepada keluarga angkat/pasukan pemasaran.
wow....kesian juge kat anda..tp nk tanye...still uruskan homestay malaysia to japan? n just nk taw how much if homestay sn? thankiee :)
ReplyDeleteim aware this is an old post btw :P
ReplyDeleteLiana;
ReplyDeleteYA, masih lagi menghantar pelajar Malaysia ke Jepun, khususnya semasa cuti sekolah. Kali akhir ialah Dec lepas.
Tahun ini juga akan hantar jika ada pelajar.
Mengenai kos, ia adalah sekitar RM3000++. Walau bagaimanapun keadaan RM dan Yen sekarang adalah tidak menentu, di mana kedudukan Yen terlalu kukuh menyebabkan RM menjadi amat lemah. Apa-apapun kami akan lihat perkembangan selanjutnya.
Ada sesiapa utk dihantar?.