Pages

Wednesday, September 29, 2004

PROMOSI HARI RAYA



promosi raya
Ramadan belum tiba
hebatnya kita

SEJAK akhir-akhir ini peti surat di rumah saya sentiasa berisi dengan pelbagai jenis surat berita, pamplet, broser dan sutay-surat tidak berstem. Kebanyakannya ialah mengenai pelbagai jenis tawaran dan promosi hari raya. Hebat sungguh hari raya di negara kita, belum lagi puasa para peniaga sudah bersedia untuk hari raya. Sememangnya para peniaga ini adalah golongan yang cekap. Mereka mesti peka dan pantas mencari dan mencuri peluang.

Kebanyakan dari kandungan promosi ini ialah untuk menukar kereta baru, perabot baru, langsir baru dan serba serbi baru sempena dengan hari raya ini. Juga tidak ketinggalan kad-kad promosi dari Along yang mempromosikan pinjaman duit raya cara mudah dan senang.

Tidak ketinggalan juga promosi Ramadan dari pihak surau dan masjid yang meminta umat Islam yang ingin bersedekah untuk berbuka puasa, morey dan kenduri arwah di surau dan masjid. Promosi pertama datangnya dari peniaga bangsa asing yang ingin peluang berniaga dan promosi kedua datangnya dari AJK surau dan masjid untuk memberi peluang dan mengingatkan umat tentang ibadah puasa. Di antara kedua-dua promosi ini saya nampak satu lagi promosi tidak dilakukan, iaiatu dari peniaga Islam sendiri. Misalnya promosi untuk menjual/menempah buah tamar, kad raya, kuih raya, batu nisan dan yang seumpama dengannya. Walau bagaimanapun promosi kuih raya ada dilakukan di pejabat-pejabat....

p.s Ada sesiapa tahu di mana boleh kita beli buah tamar yang baik dengan harga yang murah (berpatutan) di sekitar KL?. Mungkin boleh kita beri hadiah buah tamar kepada pembaca blog kita sempena Ramadan ini!.


No comments:

Post a Comment