Pages
▼
Friday, September 03, 2004
MEROKOK BUKAN LAGI MAKRUH
UMUM mengetahui bahawa hukum merokok adalah makruh. Iaitu jika dilakukan tidak mengapa dan jika ditinggalkan mendapat pahala. Walau bagaimanapun fatwa terbaru telah mengubah hukum makruh ini kepada haram. merokok adalah HARAM hukumnya. Persoalannya ialah banyak orang awam, khususnya perokok yang mempertikaikan hukum dan fatwa ini. Bagaimana hukum boleh pula berubah?.
Mengikut ustaz (yang saya dengar ceramahnya), asal makruh merokok ini adalah kerana diqiaskan kepada sebuah hadis yang lebih kurang bermaksud "bagi sesiapa yang memakan bawang (mentah), janganlah menghadiri majlisku". Orang Arab memang suka memakan bawah secara mentah dan meninggalkan kesan bau yang kurang enak. Nabi melarang mereka ini dari menghadiri majlisnya (majlis ilmu, ta'lim dll) jika seseorang makan bawang kerana baunya dikhuatiri mengganggu yang lain. Dari situ ia diqiaskan juga dengan merokok kerana ia juga meninggalkan kesan bau yang busuk juga. Dengan itu merokok dihukumkan sebagai makruh.
Banyak mufti hari ini seperti dari Mesir, AlAzhar, Malaysia dan banyak lagi telah bersepakat mengatakan merokok tidak lagi dikategorikan sebagai makruh, tetapi ia adalah haram. Di antara alasannya ialah merokok membahayakan kesihatan, terdapat pelbagai jenis racun dalam rokok, menimbulkan ketagihan, merosakkan ekonomi dan lazimnya taukeh syarikat rokok adalah golongan Yahudi yang menaja pelbagai perkara maksiat.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment