|
gajah nan kerdil raja semut perkasa gading bertuah |
cuba bilang berapa kaki gajah ini?
ORANG bijak pandai berpesan bahawa kemahiran teknikal tidaklah penting sangat bagi pegawai awam, walaupun bagi seseorang pegawai teknikal. Apa yang paling penting mengikut hiraki ialah Keupayaan mendorong diri sendiri, Keupayaan mendorong individu lain dan Kemahiran berkomunikasi. Selepas tiga perkara tersebut barulah kepakaran teknikal diambil kira.
Tanpa keupayaan mendorong diri sendiri akan membuatkan anda terasa suatu penyiksaan untuk datang ke pejabat dan cuti, rehat, kursus dan yang seumpamanya amat melegakan. Walau sehebat manapun anda boleh mendorong diri sendiri, anda tidak mungkin dapat menyelesaikan semua kerja organisasi anda. Lantara itu rakan sejawat, anak buah dan bos anda juga perlu seiring jalan. Anda perlu berupaya memberi dorongan kepada mereka juga. Kemahiran berkomunikasi atau networking sememangnya amat penting dalam sesebuah organisasi.
Kemahiran terakhir yang diperlukan ialah kepakaran teknikal. Tanpa tiga kemahiran sebelumnya mungkin menjadikan anda ‘cerdik tidak boleh diikut’, kalaupun bukan “bodoh sombong”.
Namun selalukah perkara ini berlaku di organisasi anda?. Biasanya soalan pertama yang ditanya semasa melapor diri ialah tentang kemahiran yang keempat tersebut…
No comments:
Post a Comment