Pages

Friday, October 03, 2003

MENGAPA JALAN PERLU DITUTUP?

MENGAPA JALAN PERLU DITUTUP?

Setiap kali ada peristiwa "besar" di negara kita, setiap kalilah rakyat dilanda kesulitan. Apabila ada "orang besar" ingin lalu, rakyat terpaksa mengalah. Terbaru ialah penutupan pelbagai jalan kerana raptai OIC.

klik untuk peta lebih besar

Saya fikir jalan-jalan tidak perlu ditutup sempena peristiwa besar begini, malahan jalan tidak perlu digunakan langsung!. Pada sidang kali ini BMW telah 'meminjamkan' kereta mereka kepada kerajaan (selain proton). Bagi ketua-ketua negara, menaiki BMW ini tidaklah hebat mana, itu macam naik unta saja kalau di padang pasir. Sepatutnya ketua-ketua negara ini diberikan peluang untuk tinggal di mana-mana sahaja dalam negara kita ini. Mereka boleh tinggal di Kuala Terengganu, Kota Bharu, Langkawi atau JB. Pada setiap hari persidangan di Putrajaya, mereka sepatutnya diangkut menggunakan helikopter, bukan kereta!. Ini baru hebat, baru boleh dikatakan Malaysia Boleh - Malaysia Hebat. Dengan menaiki helikopter, ia tidak akan menyusahkan rakyat dengan penutupan jalan [harap-harap ruang angkasa tidaklah ditutup pula :-)]. Lagipun peristiwa OIC ini bersambungan dengan LIMA, "pinjam" saja helikopter kat LIMA tu, bawa ke Putrajaya.

Jika PakLah inginkan suatu kelainan dan lebih praktikal, rasanya beliau akan gunakan idea ini untuk persidangan besar yang akan datang ;-).

No comments:

Post a Comment