Golden Kris Club : Tipah Tertipu Lagi!
Tipah tertipu lagi bang! .... kali ini dengan keahlian Golden Kris Club dan Hotel Istana pulak. Hendak dijadikan cerita, mba dah tergodalah dengan pujuk rayu salesgirl yang menjual kad keahlian ini dengan harga RM300+ bagi setahun. Kad ni kata, hotel istana dan kuncu-kuncunya di seluruh dunia akan beri macam-macam kemudahanlah. Misalnya diskaun makan hingga 50%. Boleh menginap semalam di bilik luxurious deluxe suite yang beharga RM700+ secara percuma, guna gym dan banyak lagi dan banyak lagi dan banyak lagi. Sekali fikir memang berbaloi bayar RM300 tu, belum sempat fikir bagi keli kedua terus beli keahlian.
Memang untuk makan, dapatlah diskaun, tapi harga makanan kat situ mana ada yang murah?. Sekali pergi walaupun seorang mesti lebih RM50 walaupun selepas diskaun (bawah RM50 tak layak dapat kemudahan ini). OKlah, bila tiba giliran nak menginap kat hotel (saja gatallah ni, rumah ada nak tidur kat hotel konon...), Bila telefon hotel buat reservation, OK cantik je, bilik ada dan sebagainya. Bila beritahu nak gunakan kemudahan kad ini, wuh... cepat-cepat mereka kata oh.. dah penuh bilik, dah cukup kuota. Bila bertegas nak juga sebab perjanjian dengan kad kata, "tertakluk kepada kekosongan bilik", maka dia dah gabrah dan suruh rujuk kepada bahagian kad. Bila rujukan dibuat, macam biasa buat-buat suara manis dan mereka janji akan telefon semula sebelum tarikhnya. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu (berapa lama punya tunggu daaa...), mereka tidak juga telefon balik. Bila kita telefon semula barulah mereka ingat balik dan janji lagi nak telefon semula nanti. Dan.... alasan kali ini ialah bilik semuanya dah memang betul-betul penuh sebab perwakilan OIC dah ambil semua bilik (dalam hati amboi.... lembabnya orang OIC ni, esok-lusa nak bersidang, hari ni baru buat tempahan?)
Walau apapun.... Tipah sudah tertipulah bang!... duit 'yoran' tu mereka dah samun, perkhidmatan yang dijanjikan tidak dikotakan. Selain daripada buat dono dan buat tuntutan semula di akhirat nanti, ada ke sesiapa yang boleh beri idea bernas macamana nak buat dengan perkara ini?. Walaupun nasi dah jadi bubur, rasa-rasanya boleh makan lagi kot :-). Misalnya bawa ke tribunal pengguna ke, persatuan pengguna ke atau kita hebahkan ke seluruh dunia mengenai perbuatan tidak senonoh ni....?.
Jika tak settle jugak.... maka aku berjanjilah dengan diri sendiri, dengan segala kuasa yang ada, kuasa yang diperturunkan dan bakal diperturunkan untuk tidak lagi membuat sebarang urusan dan apa sahaja tindakan yang boleh memberi apa-apa kelebihan kepada *jenis* ini. Kali terakhir akan berurusan ialah 11 Oktober ini, di mana segala tempahan dan jemputan telah dibuat. Walau bagaimanapun pihak hotel Istana boleh kata... pooorah! boleh pegi dah, lu bukan bawa banyak businespun pada gua. OK...OK... kita tengok nanti.... kat meja VVIP tu siapa ada :-(
---- renungan hari ini -----
surat khabar Malaysia dan TV serta radio Malaysia kata negara kita telah menang dalam pertikaian mengenai negara jiran yang menambak laut. Syukur.... alhamdulillah, baru nak buat 'kenduri kesyukuran', terbaca pulak berita antarabangsa yang kata Singapura menang dan kita kalah. Entahlah dunia-dunia.... Naik malas nak membaca, lebih baik menulis :-)
No comments:
Post a Comment