Pages

Tuesday, July 29, 2003

PKT4: Di Manakah Keadilan?

PTK4: Di Manakah Keadilan?
Bumi ini terdiri daripada beberapa komponen seperti gunung-ganang, lurah-gaung dan juga dataran-landai. Adilkah apabila hanya gunung-ganang sahaja yang tinggi?. Itu terpulanglah kerana jika semua mukabumi menjadi gunung, maka sudah tentu tiada lagi gunung di dunia ini. Lantaran itu gunung patut berterima kasih kepada lurah, jika tidak gunung tidak akan dikatakan tinggi.

Kita tinggalkan cerita gunung dan kembali kepada cerita F48. Ini rasanya pertama kali mba hadir kursus bersama-sama dengan rakan-rakan yang setaraf dari segi grednya, semuanya gred F48. Namun ada yang Pengarah, Timbalan Pengarah, Pengurus, Ketua, KPSU, KPP dan PSM sahaja gelarannya. Pada hakikinya tetap F48 juga. Semasa kursus ini barulah kita tahu betapa kemudahan pejabat yang diperolehi oleh seorang F48 dengan F48 yang lain adalah bagaikan langit dengan bumi bezanya. Ada yang bawa dua handphone (satu peribadi dan satu kerajaan). Ada yang bawa palm atau ipaq terkini siap dengan phone dan kamera digital. Tapi yang paling menarik ialah apabila F48 memperagakan notebook masing-masing. Pelbagai macam jenis notebook digunakan daripada sub-notebook, powerbook hingga ke tablet PC pelbagai jenama. Harga pula mencecah hingga RM20 ribu. Tapi ada juga yang terpinga-pinga tak pernah tengokpun apa itu thumdrive.

Teringat kata-kata Dr. Ismail mengenai thumdrive ini.
A: Apa bendanya yang kecil ni?”.
B: Alahai kau ni… benda ni dah ada jual kat Chow Kit tahu tak?
A: aaaa?
B: Kalau penagih dadah jumpa benda ni, dia akan ambik dan jual kat Chow Kit, sebab dia tahu nilai benda ni. Kau ni nama je pegawai kerajaan, celik IT. Penagih dadah lagi celik dari kau lah!.

mba ada semua benda-benda tu. Bukan takat thumdrive saja, malahan 40GB PHD (pocket hardisk)pun ada. Tapi semuanya kena beli sendiri. Nak harapkan ofis punya, rasanya mati hidup semula mati hidup semula tiga kali lagipun tak akan dapat. Sebabnya… bos mba yang JUSA C tupun tak dapat notebook, handphone sendiri (bil kena bayar sendiri jugalah) kalau tablet PC tu jangan mimpilah. Diapun dah putus asa untuk memohon untuk kali kesepuluh. Kalau jusa dah macam tu, F52 lagilah melopong. Kat sini kalau takat F48 tu sori sajalah, nasib baik dapat juga PC PIII yang dah senak perut. Pencetak pula terpaksa berkongsi dengan lebih 20 orang. Alahai nasib badan.

Itu belum cerita pasal bilik lagi. Kalaulah ada orang kampung mba yang tersesat kat KL ni, tobat tak akan ajak datang ofis. Sebabnya kandang lembu mak aku kat kampung nun, jauh lebih besar dari (partition=kandang) Timbalan Pengarah. (Memanglah sebab lembu tu lagi besar). Dalam pelan pejabat terbuka, MAMPU kata saiz ruang pejabat ialah 3meter X 3meter, kita dapat 3kaki X 3kaki eloklah tu J

Ada le sorang anak buah mba baru dapat F48, minta tukar suka sama suka dengan dia, tapi dia tak mahu. Sebabnya dia kata, semenjak kerja dengan kerajaan dah 13 tahun, tak pernah lagi dapat bilik. Jadi dia nak pergi ke tempat lain yang ada bilik. Alahai… dia tak tahu yang bos dia ni dah 20 tahun kerja dalam ‘kandang’ je.

Jadi begitulah kedudukan kita…. Sama-sama F48, tapi demi untuk berbakti kepada Nusa, terpaksa beli sendiri barangan, terpaksa bayar sendiri bil berbanding dengan yang lebih bertuah dapat notebook canggih, handphone mahal dan palm terbaru. Bagi yang tak dapat, moga-moga dapat ganjaran sewajarnya di hari Kemudian. Bagi yang dapat, gunakanlah seadanya untuk kepentingan rakyat, sebab itu duit rakyat.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment