Pages

Thursday, July 31, 2003

BTM - Black Things Meeting

BTM - Black Things Meeting
Kepada semua, khususnya PSM yang berminat dengan Palm (samada dah guna atau belum), saya jemput ke BTM - Black Things Meeting seperti berikut:-

Date : 2 August 2003 (Saturday)
Time : 2:30 pm to 6:30 pm
Venue : Cafe Strudels @ KL Sentral

Meeting ini dikendalikan oleh PALMX (persatuan pengguna Palm).
Pada asalnya semua Palm berwarna hitam, oleh itu dalam meeting masing-masing bawa benda hitam ini. Dari situ ia dikenali sebagai BTM. Insyaallah saya akan ada di sana.

Ini ialah Palm terbaru iaitu Tungsten T2:

Cerita lanjut boleh diperolehi di sini: http://www.palminfocenter.com/view_story.asp?ID=5718

Dilema Orang Teknikal

Dilema Orang Teknikal
Perbincangan kali ini masih berkisar mengenai PTK4. Salah satu tujuan tersirat kursus tersebut ialah untuk mencari pemimpin (search for leaders). Jadi semua peserta kursus (berjumlah 34 orang semuanya) perlulah bersikap dan bersifat pemimpin. Di antaranya mestilah cergas, cekap, ramah, kreatif, berperawakan dan yang paling penting ialah sentiasa “bercakap”. Cakap pula bukanlah sebarang cakap, bukan merapu tetapi cakap-cakap yang berisi dan penuh strategi. Ini yang paling susah, sebab orang Melayu kata “diam berisi”, ini kita mahu cari yang “riuh berisi”. Walau bagaimanapun pada pendapat saya, jika semua 34 orang tersebut “boleh bercakap”, maka akan riuhlah kelas tersebut dan banyaklah kerja yang tidak akan menjadi sebab semua orang ingin bercakap dan tidak ada yang ingin mendengar.

Pada hemat saya, kita ini dinamakan sebagai “orang teknikal”, maknanya duduk di antara ‘profesional’ dan ‘pengurusan’. Nak jadi profesional, profesyen kita tidak dilindungi oleh sebarang akta parlimen yang khusus ataupun dari badan ikhtisas. Maka kitapun lebih cenderung kepada pengurusan. Benchmark kita ialah PTD. Jika PTD boleh bercakap, kita mesti boleh bercakap, jika mereka boleh bersyarah, kita mesti boleh. Pendik kata apa sahaja yang mereka boleh, kita mesti boleh (kecuali beberapa perkara). [ha..ha… ingat pada malam dinner?… sebab PTD ambil gambar dengan VIP, PSM juga perlu ambil gambar dan bayar RM20 lagi…] Tetapi yang aneh sedikit ialah, misal kata ada PTD yang boleh buat programming, kita akan kata kerja PSM bukan buat programming. Jika ada mereka yang boleh buat powerpoint yang baik, homepage yang menarik, malahan database yang mengancam, kita akan bersuara (bukan semua) PSM bukan kerja buat powerpoint. Homepage kerja user. Nak buat database bukan hantam kromo saja, mesti buat normalisation dulu dan sebagainya. Lantaran itu kita tak buat-buat juga database dan pengguna yang terpaksa buat sendiri mengikut keupayaan meraka (yang kadang kala lebih baik dari sesetengah daripada kita – jangan mare).

Pada pendapat saya, kita tidak boleh buat kerja borong, iaitu semua nak jadi pengurus sahaja. Kena ada selonggok dua yang buat kerja teknikal walaupun dah jadi JUSA. Jika tidak profesyen kita sudah tentu akan diperlekeh sebab yang dikejar tak dapat yang dikendong pun tak ada. Mengikut statistik 1996, terdapat 46 orang JUSA teknikal berbanding 446 JUSA bukan teknikal dan di dalam Gred I, II & III ada 12,800 orang teknikal berbanding 66,500 orang bukan teknikal. Dari sini apa salahnya jika PSM kekal sebagai orang teknikal (dengan sebahagian daripadanya menjadi pengurus). Kita perlu kekalkan trak teknikal dan trek pengurusan, bukan semuanya pergi ke pengurusan apabila dah naik gred F48 dan ke atas. Di antara trek teknikal ialah Systems Analyst, Operation, Specialist (network, Database, Security, graphics, AI, OA,CRM,QA, Education. Trek pengurusan pula bolehlah terdiri daripada cc manager, project manager, ISP, BPR, consultancy etc.

Di kalangan peserta PTK4 yang lalu, ramai yang mengeluh “kami ni dah tua, mana larat nak ikuti perkara-perkara teknikal begini”. Tetapi, jika kita dah tua tetapi masih juga “tak pandai bercakap”, macamana nak jadi pemimpin?. Teknik bercakap ni bukan boleh diajar dalam sehari dua, kekadang tu ia adalah anugerah semenjak lahir lagi. Bagi yang memang dah tak boleh bercakap, nak buat macamana lagi?. Buatlah R&D (Rehat & Duduk !!)

Sebagai kesimpulannya saya rasa, kita patut buat kerja kita lebih dahulu berbanding dengan kerja orang. Maknanya JUSA PSM mesti “lebih sedikit” kebolehan ICT berbanding dengan JUSA benchmark. Begitulah seterusnya F54, F52, F48 mesti lebih sedikit pengetahuan dan kebolehan ICT berbanding dengan skim benchmark di gred yang sama. Kemudian barulah dikira soal bercakap, bersyarah dan sebagainya.


Wednesday, July 30, 2003

HAIKU - Masjid Tokyo

Semasa menghadiri bengkel JICA-Net bersama Dr. Mazlan & Dr. Rashid di Tokyo International Centre, kami sempat ke Masjid Jamek Tokyo seketika, di waktu zohor. Maka keluarlah haiku berikut:-

Masjid Tokyo

Sayup menara
Teguh besar pendiam
Makmum seorang

haiku ini pernah dipilih sebagai haiku minggu ini di ruangan esastera

Tuesday, July 29, 2003

PKT4: Di Manakah Keadilan?

PTK4: Di Manakah Keadilan?
Bumi ini terdiri daripada beberapa komponen seperti gunung-ganang, lurah-gaung dan juga dataran-landai. Adilkah apabila hanya gunung-ganang sahaja yang tinggi?. Itu terpulanglah kerana jika semua mukabumi menjadi gunung, maka sudah tentu tiada lagi gunung di dunia ini. Lantaran itu gunung patut berterima kasih kepada lurah, jika tidak gunung tidak akan dikatakan tinggi.

Kita tinggalkan cerita gunung dan kembali kepada cerita F48. Ini rasanya pertama kali mba hadir kursus bersama-sama dengan rakan-rakan yang setaraf dari segi grednya, semuanya gred F48. Namun ada yang Pengarah, Timbalan Pengarah, Pengurus, Ketua, KPSU, KPP dan PSM sahaja gelarannya. Pada hakikinya tetap F48 juga. Semasa kursus ini barulah kita tahu betapa kemudahan pejabat yang diperolehi oleh seorang F48 dengan F48 yang lain adalah bagaikan langit dengan bumi bezanya. Ada yang bawa dua handphone (satu peribadi dan satu kerajaan). Ada yang bawa palm atau ipaq terkini siap dengan phone dan kamera digital. Tapi yang paling menarik ialah apabila F48 memperagakan notebook masing-masing. Pelbagai macam jenis notebook digunakan daripada sub-notebook, powerbook hingga ke tablet PC pelbagai jenama. Harga pula mencecah hingga RM20 ribu. Tapi ada juga yang terpinga-pinga tak pernah tengokpun apa itu thumdrive.

Teringat kata-kata Dr. Ismail mengenai thumdrive ini.
A: Apa bendanya yang kecil ni?”.
B: Alahai kau ni… benda ni dah ada jual kat Chow Kit tahu tak?
A: aaaa?
B: Kalau penagih dadah jumpa benda ni, dia akan ambik dan jual kat Chow Kit, sebab dia tahu nilai benda ni. Kau ni nama je pegawai kerajaan, celik IT. Penagih dadah lagi celik dari kau lah!.

mba ada semua benda-benda tu. Bukan takat thumdrive saja, malahan 40GB PHD (pocket hardisk)pun ada. Tapi semuanya kena beli sendiri. Nak harapkan ofis punya, rasanya mati hidup semula mati hidup semula tiga kali lagipun tak akan dapat. Sebabnya… bos mba yang JUSA C tupun tak dapat notebook, handphone sendiri (bil kena bayar sendiri jugalah) kalau tablet PC tu jangan mimpilah. Diapun dah putus asa untuk memohon untuk kali kesepuluh. Kalau jusa dah macam tu, F52 lagilah melopong. Kat sini kalau takat F48 tu sori sajalah, nasib baik dapat juga PC PIII yang dah senak perut. Pencetak pula terpaksa berkongsi dengan lebih 20 orang. Alahai nasib badan.

Itu belum cerita pasal bilik lagi. Kalaulah ada orang kampung mba yang tersesat kat KL ni, tobat tak akan ajak datang ofis. Sebabnya kandang lembu mak aku kat kampung nun, jauh lebih besar dari (partition=kandang) Timbalan Pengarah. (Memanglah sebab lembu tu lagi besar). Dalam pelan pejabat terbuka, MAMPU kata saiz ruang pejabat ialah 3meter X 3meter, kita dapat 3kaki X 3kaki eloklah tu J

Ada le sorang anak buah mba baru dapat F48, minta tukar suka sama suka dengan dia, tapi dia tak mahu. Sebabnya dia kata, semenjak kerja dengan kerajaan dah 13 tahun, tak pernah lagi dapat bilik. Jadi dia nak pergi ke tempat lain yang ada bilik. Alahai… dia tak tahu yang bos dia ni dah 20 tahun kerja dalam ‘kandang’ je.

Jadi begitulah kedudukan kita…. Sama-sama F48, tapi demi untuk berbakti kepada Nusa, terpaksa beli sendiri barangan, terpaksa bayar sendiri bil berbanding dengan yang lebih bertuah dapat notebook canggih, handphone mahal dan palm terbaru. Bagi yang tak dapat, moga-moga dapat ganjaran sewajarnya di hari Kemudian. Bagi yang dapat, gunakanlah seadanya untuk kepentingan rakyat, sebab itu duit rakyat.

Wassalam.

Monday, July 28, 2003

Pertandingan Golf PERJASA-JICA

Mesyuarat pertandingan Golf PERJASA-JICA ALumni 2003 diadakan hari ini di KGPA.
Pertandingan akan diadakan pada 21 Sep. 2003 (Ahad) 2:30pm. PERJASA diwakili oleh Dr. Mazlan, Azlin Shah dan Hj. Rosli. JICA diwakili oleh Azimbazri dan Mr. She. Sementara MBA sebagai "pemudahcara" mewakili kedua-dua Persatuan. Kepada semua ahli PERJASA ... selamat bermail golf. Ingat 21 September 2003.

Ini ialah kaum ibu yang menyertai PTK4 1/2003

PTK4 Minggu 1

Rabu: 2 Julai 2003: Terima panggilan dari Usop, bertanyakan samada terima jemputan hadir kursus PTK4 dari JPA atau tidak.
Aku: Tak terima sebab aku tak apply.
Usop: Aku tak apply jugak, tapi JPA panggil. Ramai geng kita macam Baha & Mat Arab dipanggil jugak.
Aku: Ooo… nantilah semak dengan HQ. Sebab surat sampai HQ dulu, lambat sampai sini. (Dalam hati). JPA nak beri aku terus F54 ke sebab tak panggil PTK4?. Ha..ha..ha..

Jumaat: 4 Julai 2003: Surat dari JPA. Sila hadir kursus PTK4 di INTAN, 7 Julai. Sila Jawab sebelum 30 Jun 2003. Hmmm… dah kata dah, pos laju memang tak laju punya.

Isnin: 7 Julai 2003:
Lapor diri di IMATEC untuk kursus PTK4. Eh… semuanya kenal belaka. Ada senior, ada junior. Yang senior yang dah gi interbiu ni buat apa mai PTK4?. Tunggulah bulan 12 kalu, tak dapat F54 baru masuk kursus. Entahlah… ada yang dipanggil dan ada yang memohon. Sesi penerangan dan pembukaan kursus dibuat oleh Dr. Rashid/Dr. Azizah. Sesi diikuti pada tengahhari dengan pembantukan kumpulan. Kurang-kurang tak yah pening kepala hafal nama semua kawan baru, sebab semuanya kawan lama. Namun ramai juga antara kawan-kawan tersebut yang belum pernah bersua selama ini. Dah 20 tahun kerja, ada yang nama tak pernah dengar, apatah lagi kenal rupa. Takpelah, esok panjat bukit INTAN.

Selasa: 8 Julai 2003:
Sesi pembentukan kumpulan lagi. Tapi hari ini kami ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday untuk Penyelaras Kursus Kanan kami Pn. Zorai. Hari jadi ke ??. Sesi pembentukan kumpulan dipenuhi gelak ketawa bila melihat mummy hidup semula dan sesi komunikasi orang celik yang “pekak”. Dan lagi telur-telur berderai pecah di dewan IMATEC dek tersalah duga destinasinya. Juga huh…. Beratnya mengangkat orang untuk masuk dalam lubang-lubang kecil bersama belon berisi air. Hmmmm… tak pernah praktis angkat orang J

Rabu: 9 Julai 2003:
Kelas dimulai dengan MBTI, dah jangkadah memang ISTJ punya. Juga sesi networking yang menarik dari tuan Syed Sheik.

Khamis: 10 Julai 2003:
Kemahiran Berfikir dan Pengurusan Kreatif memperkenalkan 6 topi oleh Pn. Maimunah. Kalau nak kahwin dua, pakai topi merah. Lepas dah fikir masak-masak, pakai topi putih lak, tentu tyak jadi kahwin.

Jumaat: 11 Julai 2003:
Pengurusan Sumber Manusia (HRM) kata pn. Kamariah adalah berlakon semata-mata. Berlakon jadi bos yang baik, berlakon jadi anak buah yang baik. Ohhh gitu rupanya kerja makan gaji ni.. Kemahiran komunikasi oleh Pn. Rosita dan petangnya Musaddik membawa pusing Mamak meriuhkan suasana kelas yang dah semakin senja di petang hari.

Sabtu: 12 Julai 2003
Kami semua hari ini menjadi negotiator pasal berebut timun tembikai. Rebut punya rebut, nasib baik yang sebelah sana nak kulit je, aku nak biji. Ini macam Singapura/Malaysia rebut pulau batu putih le ni….

PTK4 MInggu Ke-2

Diam tak diam kini dah masuk minggu ke-2. Seperti biasa Dr. Rashid sebagai change agent akan membuat pengumuman demi pengumuman mengenai perubahan demi perubahan terhadap jadual kursus. Minggu ini kumpulan telah dikenalpasti dan tajuk kerja kursus telah mula ditampal.

Isnin 14 JulaiPemikiran strategik oleh Dr. Zul agak memberangsangkan berbanding dengan Pengurusan Kewangan oleh Dr. Rahman yang sedikit hambar. Sebelah petangnya kami semua ambil ISAC.

Selasa 15 JulaiHari ini sedikit tension sebab adanya ujian bahasa Inggerris ELPA. Ujian membaca dan menjawab cepat dan tepat. Pening juga kepala, apatah lagi bila terpaksa makan lambat (nasipun dah hampir habis). Sebelum tu Dr. Tam memberikan Pengurusan Perubahan yang laju bagaikan peluru, tapi mengembirakan.

Rabu 16 JulaiWan Rosdi memberikan ceramah Pengurusan ICT sehari suntuk.

Khamis 17 Julai
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba, iaitu public speaking selama 10 minit atas pentas yang dimarkahkan oleh Panel. Masa aku kat UK dulu, public speaking depan Mat Salleh, rasanya berabuk, kalah Mat Salleh dan depa faham dan amat respek sebab kita dapat menguasai bahasa mereka. Masa kat Jepun pulak aku jadi class leader, tiap masa je kena beri ucapan. Masa tu rasa terror habis, sebab seluruh dunia, Malaysia kira kelaslah Englisg dia (kecuali bila ada participants dari Singapura). Public speaking masa kursus Pra Gred 2 pun rasanya OK saja sebab semuanya kawan baru. Tapi kan… public speaking yang ini lain macam sikit, sebab ntah mengapa?. Orang melayu ni cakap Inggeris mesti betul nahu, mesti ada dengung, mesti ada idgham, harakat juga mesti tepat. Who tension habis. Tapi akhirnya semua berjaya menamatkan 10 minit, malahan ada juga yang tak mahu turun pentas walaupun loceng dah 2 kali berbunyi.

Sebelah petang hingga 6:30 masih ada kelas etika.

Jumaat 18 JulaiJumaat ini adalah yang paling damai…. Sebab satu dugaan dah lepas. Kali ini Dr. Rashid pula memberikan kuliah Quality Assurance. Sebelah petangnya hingga ke malam semua kami masih di IMATEC membuat perbincangan kumpulan.

Sabtu dan Ahad masih ramai yang datang buat perbincangan kumpulan.

PTK4: Minggu Ke-3

Stress bertambah hebat bila kerja kumpulan belum siap, ulasan buku belum mula dan kertas sendiri belum siap.

Isnin 21 Julai:
Dr. Azizah Manan dan wakil IBM dengan ISP
Sebelah petang perbincangan kumpulan lagi dan sebelah malam ada dinner talk oleh Datuk A.Wahab

Selasa 22 Julai:Pn. Vasantha dengan BPR dan Pn. Marsineh dengan Security. IA diikuti oleh Hasanuddin dengan Marketing Skill

Rabu 23 Julai:Prof. DR. M.Ghazali dengan Pengurusan Ilmu dan Yunus Tasim dengan CRFM. Diikuti dengan stress management oleh Dr. Ismail. Kelas stress nin betul-betul hilangkan stress.

Khamis 24 Julai:Stress bermula lagi apabila persembahan projek bermula hari ini. Macam-macam story kat sini. Ada yang terpaksa rampas mikrofon sebab member sebelum tu nak cakap lagi. Ada yang tercakap melayu. Ada yang terkeluar tajuk dan macam-macam lagilah, tapi yang nyata ialah “terdapat stress di wajahmu”

Pengajaran dari presentation inin ialah … kalau boleh janganlah jadi speaker terakhir, kalau nasib kurang baik, dapat markah 0 sebab tak sempat nak cakap sebab bila dapat mike, loceng dah berbunyi.

Jumaat 25 Julai:
Satu lagi hari yang membahagiakan sebab ujian lisan ELPA. Ambil masa 5 minit saja dan 10:30am semua dah siap dan ramai yang lesap… pergi jilid tugasan ataupun buar revisi untuk exam esok ataupun balik tidur sebab dah lama tak boleh tidur…

Sabtu 26 Julai.Hari terakhir, hari penentuan. Hari peperiksaan. Macamanalah soalannya ni?…..

Hari Pertama Di Pejabat

Hari Pertama Di Pejabat
Hari pertama di pejabat setelah tiga minggau (ya... 21 hari) meninggalkannya.
Seronoknya...........

Sunday, July 27, 2003

UJIAN DEMI UJIAN

Ujian demi ujian
membaiki blog sendirian
uji terus uji
dan
blog asal sudah hancus
HAIKU:

Ahad Yang Damai
Tidur Sepanjang Hari
Kelas Dah Tamat

Saturday, July 26, 2003

Enter new nedstat
Sabtu: 26 Julai 2003:
Hari terakhir kursus PTK4 PSM 1/2003. Ada peperiksaan besar hari ini

Friday, July 25, 2003

Hari ini adalah salah satu hari yang relaks bagi kursus PTK 4. Sebabnya kelas berakhir jam 10:30am sebaik sahaja semua peserta selesai ambil ujian lisan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun kegelisahan ketara di setiap peserta dan nampak tanda-tanda "stress di wajahmu" lantaran assignment yang belum siap, perlu ditaip dicetak dan dijilid. Apatah lagi esok hari besar, peperiksaan akhir.

Tengoklah apa jadi dengan hari esok.