TERDAPAT beberapa kategori memoir, antaranya ialah:-
Memoir Perhubungan - Tunjuk kepada pembaca hubungan anda dengan seseorang dari semasa ke semasa. Hubungan ini biasanya ialah ibu-bapa, adik-beradik atau cikgu.
Memoir Haiwan - Menceritakan mengenai haiwan peliharaan/kesayangan anda
Memoir Penyakit - Menceritakan mengenai penyakit atau penderitaan yang dialami hingga berakhir dengan kesembuhan ataupun dengan tragedi.
Memoir Ugama - Samada kepercayaan anda hilang atau menjumpai sesuatu yang baharu
Memoir Bisnes - Mengenai dunia perniagaan atau pekerjaan. Khususnya mengenai jatuh bangun, kegagalan dan kejayaan di dalamnya
Memoir Travel - Perjalanan anda ialah travelog dan juga pengembaraan dalaman menunjukkan kepada pembaca bagaimana travel itu mengubah diri anda.
Memoir Romantik - Memoir berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, percintaan, ibu tunggal dan perkahwinan semula.
Memoir Pecah Rahsia - Menceritakan mengenai rahsia yang tidak diketahui sebelum ini
Memoir Bencana - Menceritakan pengalaman mengenai rompakan, dicolek, gempa bumi, banjir dan sebagainya
Memoir Remaja - Kanak-kanak atau remaja yang mempelajari dunia kehidupan orang dewasa
Memoir Jom Bertindak ! - Pembaca digalakkan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan sosial untuk mencapai sesuatu tujuan.
Pages
▼
Sunday, November 29, 2015
Sunday, November 22, 2015
SELAMAT PENGANTIN BARU FARAH
Ketika itu Farah masih kecil. Darjah satu barangkali. Hari ini Farah sudah berkahwin. Cepat sungguh masa berlalu.
Saturday, November 14, 2015
BAGAIMANA MENULIS BUKU MEMOIR DALAM MASA 30 HARI
SAYA berhajat untuk membaca buku "How to Write a Memoir in 30 Days". Buku ini tidak dijual di Malaysia. Pergi ke Internet, ada e-book rupa-rupanya. Maka senang dan cepatlah maklumat diperolehi. Bayar dan download sahaja. Dalam Apple Store. Namun ia juga tidak dijual di Malaysia.
Hmmmm....
Hmmmm....
Friday, November 13, 2015
TIGA JUMAAT
MASUK hari ini, sudah tiga Jumaat berlalu. Ia masih di situ. Janji cuma tiga hari sahaja untuk proses solekannya. Ini sudah tiga pekan berlalu. Masih ori,