SEMASA berkhemah dalam Travelog Eropah ini, kadang-kadang jam 3-4 pagi saya masih belum tidur lagi. Ataupun sudah terjaga kerana waktu Subuhnya awal.
Boleh dikatakan sepanjang masa terjaga, ada sahaja terdengar orang mengaji dan membaca al-Quran. Bertuah betul rasanya mengembara dengan orang-orang yang dekat dan lekat hatinya dengan Quran.