Pages

Monday, June 29, 2015

KEMBARA EROPAH (MEMASAK)

BUKAN perkara mudah memasak untuk tujuh puluh (70) orang di luar negara, menggunakan dapur bergerak di dalam khemah:












Terima kasih kepada Chef Rahim dan krew yang sentiasa memasak untuk kami.






Sunday, June 28, 2015

KEMBARA EROPAH (WIFI - KEPERLUAN ASAS?)


Apabila pulang sahaja ke khemah, masing-masing menerkam kepada charger. Smartphone, powerbank, Pad mesti cah dahulu. Makan kemudian pun tidak mengapa. Ini kisah benar pengembaraan kami di Eropah.

WiFi sudah menjadi satu keperluan asas sekarang. Namun ramai yang berharap kepada WiFi percuma, yang biasanya akan tertiarap. Ada juga yang membeli sim card luar negara. Bila beli di Peranchis, masuk sahaja ke Switzland, ia sudah tidak boleh digunakan, walaupun masih di Eropah.

Bagi saya, saya tempah pocket WiFi. Ambil di London dan ia berfungsi di seluruh Eropah. Ia kemudian dikembalikan semula di London. Namun prestasi TepTen pada kali ini kurang memberangsangkan. Tidak laju... Lebih laju lagi jika ambil Celcom yang RM38 sehari unlimited data plan. Sungguhpun begitu, ada juga risikonya apabila kita pergi banyak negara dan julat masa adalah berbeza. Ini adalah kerana network di negara-negara eropah yang menjadi sahabat Celcom adalah berbeza-beza dari satu negara ke negara lain. Katakan kita activate di Peranchis dengan Network A. Bila kita melintasi Switzland, Network-B pula yang menjadi rakan kongsinya. Kita khuatir caj RM38 akan berakhir di Peranchis dan bermula semula di Switzland dan begitulah seterusnya walaupun hari masih sama...





Friday, June 19, 2015

KEMBARA EROPAH (MAKAN)



"Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." al-Maidah:005

Kembara Eropah menyediakan makan pagi dan makan malam. Makan tengahari sendiri dan kadang-kadang disediakan juga apabila dalam perjalanan (menaiki bas).

Dalam pengembaraan ini, kami sangat bertuah kerana salah seorang pesertanya adalah mantan orang nombor satu JAKIM. Beberapa kali beliau menggunakan mike untuk memberi tazkirah mengenai halal dan haram, khususnya dalam makanan dan minuman. Misalnya dalam bab E471 & E472. Sepatutnya semua orang Islam, baik muda atau tua, kecil atau besar sudah mengetahuinya semenjak kanak0kanak lahi akan hal ini. Namun ia tidak begitu sebenarnya.

Begitu juga terhadap cheese (ingat goreng pisang cheese !). Saya sendiri baru tahu bahawa ramuan dalam membuat cheese, selain dari hasil tenusu ialah rennet . Rennet ini pula diambil dari perut anak lembu (atau perut anak khinzir). Masyaallah. 

Maka adakah cheese yang mana rennet bukan dari sayur-sayuran itu halal dimakan?.

Berbalik kepada soal makan KE. 

Makan Kafe, Portobello, London (sendiri)

Tepi khemah ke tepi bas (disediakan)
Bas berhenti makan di R&R
Jempit makan ...'
Hari pertama saya, di Paris














Monday, June 15, 2015

KEMBARA EROPAH (SOLAT)


“DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula” (al-Mulk, ayat 15)

Rasa-rasanya dua perkara utama dalam pengembaraan yang sangat perlu dijaga ialah solat dan juga makan. Jangan tinggalkan solat. Jangan makan makanan yang tidak halal. Solat harus dilakukan secara jamak (himpun) dan qasar (pendek).
Solat dimana sahaja.


Bagi saya, penganjur Kembara perlu menyediakan jadual waktu solat bagi semua tempat yang akan dilalui dan paling penting ialah berhenti untuk membolehkan peserta kembara menunaikan solat. Kurang wajar rasanya untuk solat jamak Zohor dan Asar berpandukan kepada waktu Maghrib. Apatah lagi dengan jawapan "kita berhentilah mana-mana nanti untuk solat" apabila ditanya berkali-kali di mana kita akan solat setelah kelihatan waktu Asar sudah hampir berlalu. Ada juga ketikanya soalan mudah "di mana kita akan berhenti solat" dibiarkan berlalu seolah-olah tidak didengari langsung. Begitu juga apabila masa solat bagi 40 orang diberikan hanya 15 minit sahaja.

Pada peringkat awal kembara, "surau" dibina di celah-celah khemah dan kami solat berjemaah sedaya mungkin. Alhamdulillah, syukur sungguh dapat berjemaah Maghrib, Isya dan Subuh di bumi asing dalam kesejukan walaupun beralaskan sejadah nipis di atas rumput dan batu-batu kecil. Namun pada akhir-akhir kembara, sudah tidak ada lagi hamparan "surau" dibuat.




KEMBARA EROPAH (MALAYSIA AIRLINES)


PENERBANGAN kami dari Kuala Lumpur ke London bermula 10am Sabtu 30 Mei dan tiba 4.20pm pada hari yang sama. Walaupun penerbangan mengambil masa 14 jam, ia kelihatan hanya 7 jam sahaja. Kami turun dari rumah selepas solat Subuh dan tiba di London belum Asar lagi.


Bagaimanakah hukum solat terhadap kes begini?. Biarlah pihak yang arif menentukannya. Apa yang saya ingin cerita di sini ialah perihal kemudahan solat dalam penerbangan MH004 MAS A380.

Sepanjang penerbangan, perjalanan amat selesa sekali. Sebelum perlepas, dibacakan rakaman surah alfatihah dan doa penerbangan. Semasa dalam penerbangan, ketua peramugara memaklumkan akan kemudahan solat dalam penerbangan dan memaklumkan masuk waktu Zohor. Beliau juga memaklumkan akan masuk waktu Asar di London. Seterusnya waktu Maghrib juga diberitahu, ia khusus untuk mereka yang ingin jamak Zohor dan Asar.

Saya amat kagum dengan MAS. Ada tempat solat. Ada doa sebelum penerbangan. Ada pengumuman waktu solat. Sangat istimewa. Saya jangkakan perkara yang sama akan berlaku dalam penerbangan balik, MH003 12pm Sabtu dan tiba 8.30am Ahad. Rupa-rupanya ia tidak berlaku. Tidak ada satu pun yang ada. Samada doa, fatihah mahupun pengumuman mengenai solat. Kesimpulan saya ialah, ia 100% bergantung kepada krew (pilot dan ketua pramugara) dan bukannya MAS. Mengapa beghini jadinya?.

Penerbangan 14 jam dari London ke Kuala Lumpur dari 12pm hingga 8.30am keesokan harinya. Logiknya memerlukan 5 waktu solat, ia itu Zohor, Asar, Maghrib, Isya dan Subuh, walaupun cuma 14 jam masanya. Jika mengikut hukum bagaimana pula?. Bagaimana pula orang awam seperti kita boleh mengetahui masuknya waktu solat dalam penerbangan?. Ada aplikasinya?. Ini cabaran kepada semua umat Islam.

Oh ya.... penerbangan dari London terlewat 15 minit berlepas kerana kesesakan trafik di Heathrow. Akibatnya, masa ketibaan terlewat satu jam. Begitulah pengumuman yang diberikan kepada kami oleh pembantu juruterbang. Ramai orang berkata, dan saya percaya bahawa bila kapalterbang lewat berlepas, maka pilot akan memecut di udara. Ia akan menjadikan masa ketibaan tidak lagi berlaku kelewatan. Ternyata ia tidak benar bukan?.



Sunday, June 14, 2015

KEMBARA EROPAH (PERANCANGAN)

KAMI baru tiba di Malaysia setelah keluar menuju London pada 30 Mei yang lepas. Dari London kami berempat menuju Paris untuk menyertai lebih 70 orang peserta dan krew Kembara Eropah ke 8 buah negara.


Banyak kenangan. Banyak pengalaman. Banyak perkara untuk ditulis. Namun bagaimana memulakannya ya?. Baiklah, kita mulakan dari perancangan...

PERANCANGAN
Saya dan isteri berhasrat untuk bercuti ke Eropah. Musim pilihan ialah summer, kerana siangnya panjang. Kami dapat jalan-jalan sampai 10 malam, masih belum Maghrib. Senang nak uruskan soala ibadah dan sebagainya.

Kebetulan summer tahun ini ialah pada cuti sekolah (30 Mei-13 Jun). Saya cuba iklankan trip ini kepada kawan-kawan dan keluarga. Ada seorang anak saudara yang berminat. Jadi kami berempat bersama anak bongsu sudah ada dalam perancangan kembara. Pada asalnya kami ingin ke Eropah menggunakan motorhome, pandu sendiri, masak sendiri. Walau bagaimanapun motorhome yang paling optima harganya ialah bagi 7 penumpang. Kami hanya berempat, jadi kosnya akan menjadi mahal.

Apa-apa hal pun, saya beli tiket dahulu. Pilih tarikh 30 Mei (Sabtu) KUL-LHR dan kembali 13 Jun LHR-KUL. Selepas dapat tiket baharu buat pelan dan itinerari. Bermula dari situ, pelbagai pelan dan itinerari dilakukan. Kebanyakannya hanya meliputi UK sahaja, seluruh UK memandangkan banyak perkara berkaitan dengan MBC  boleh saya lakukan. Umpamanya melawat kedai buku, peroustakaan, kampung buku dan juga pengusaha mobilebook shop di sana.

Namun akhirnya, dalam minit0minit terakhir, kami tukar pelan ke Eropah. Sebabnya?. Kemudian ya...