Pages

Friday, December 27, 2013

SEKEPING KAD SERIBU MAKNA


KAD yang sekeping ini telah membawa beribu kesan dalam Travelog Kerjaya saya.

Dipendekkan cerita, YAB Perdana Menteri ingin menyampaikan kad ucapan hari ibu kepada ibu-ibu yang berada di hospital pada tarikh hari ibu.

Diringkaskan lagi ceritanya, saya dipilih untuk menjayakan misi ini. Ia bukan susah. Ia boleh dilakukan. Tiada yang mustahil.

Apabila kad sudah disiapkan. PM sudah bersetuju. Saya dimarahi kaw-kaw punya oleh bos saya. Habis dibangkitkan segala benda dari sekecil-kecilnya.

Saya akan karang peristiwa ini dalam buku TRAVELOG KERJAYA: 30 Tahun Dalam Kerajaan. Ia perlu dikarang sebaik mungkin supaya saya tidak dimarah lagi ...



Monday, December 16, 2013

[TRAVELOG UK]: MC.D HALAL DI UK


SUDAH ada Mc.Donald di Leeds rupa-rupanya. Ya, mungkin dari dulu pun sudah ada. Bezanya semasa menetap di Leeds dahulu, kami tidak kisah dan tidak perlu kisah akan KFC, McD atau yang setaraf dengannya. Sebabnya semua restoran sebegini tidak ada yang halal. Apatah lagi, kami sekeluarga sudah tentunya lebih betah makan di rumah. Seingat saya, kami tidak pernah makan di luar, kecuali sesekali apabila berkelah dan keluar bersama keluarga.

Kini kami datang sebagai pelancong. Sudah tentulah restoran atau tempat makan perlu dicari. Khabarnya di UK sudah banyak McD yang halal. Begitu juga dengan restoran segera yang lain seperti Subway dan sebagainya.


KEDAI MAMAK DAN OBESITI RAKYAT MALAYSIA

MALAM tadi (tengah malam) kami anak beranak singgah di kedai mamak di hadapan rumah.  Pengunjung masih ramai. Kedai 24 jam ini memang sentiasa dipenuhi pengunjung. Minum teh tarik, makan roti canai. Tidak pun makan nasi lemak jam 2 pagi.

Apa nak jadi?.

Jika mengikut etika pemakanan, kita tidak digalakkan makan selepas jam 8 malam. Sekali-sekala mungkin dibenarkan. Tetapi jika saban malam, larut pagi rakyat Malaysia menghabiskan waktu begini dengan MAKAN, apa akan jadi pada rakyat Malaysia 10-20 tahun lagi?. Saya pasti kegemukan melampau atau obesiti akan menunggu. Di kalangan negara Asia, memang Malaysia sudah menduduki tempat pertama rakyatnya obes.

Jika kerajaan prihatin kepada rakyat. Gula mahal. Gula beracun. Gandum berpeluntur dan segala hal. Haram sahaja kedai-kedai makan beroperasi selepas 10 malam.

Negara maju manakah di dunia ini yang kita boleh makan 24 jam? Saya pernah sekali berada di Boston, USA sekitar 10pm. Sembang-sembang di bawah cahaya lampu. Dua kali kami dihampiri oleh polis peronda sebelum kami "perlu" beredar.

Malaysia oh Malaysia.