Pages

Saturday, June 23, 2012

DUA KONVO YANG BERBEZA DALAM SEBULAN

BULAN ini kami menghadiri dua majlis konvokesyen. Konvo pertama adalah bagi anak keempat yang belajar di PTPL. Konvo dibuat di MSU, Shah Alam mulai 7.30am hingga 7pm. Sehari suntuk konvo kerana anak ini dapat Anugerah Presiden dan perlu hadir konvo sebelah pagi dan diikuti konvo sebenarnya pada sesi petang.

Majlis konvo ini sungguh licin perjalanannya. Sangat teratur aturcaranya. Pembahagian masa sangat ditepati. Disiplin para hadirin dalam dewan sangat memuaskan.

Saya paling suka ucapan presiden MSU yang merangkap CEO PTPL dan seterusnya ucapan Pro-Canselornya. Ucapan mereka sungguh bersahaja, sangat teruja. Bahasa yang digunakan adalah bahasa orang kampung yang boleh difahami oleh siapa sahaja yang mendengarnya. Ia tidak berbelit-belit dengan visi dan perkara strategik yang tidak terjangkau dek akal orang awam.

HARI ini kami hadir ke konvo MAHSA yang diadakan di PICC, Putrajaya untuk anak ketiga kami. Sangat menghampakan. Pertamanya masa tidak dihormati baik oleh kolej mahupun oleh hadirin. 7.45am sepatutnya tetamu sudah masuk dewan dan 8am perarakan akademik. Namun para graduan masih mundar-mandir di luar dewan bersama ibu-bapa bergambar dan sebagainya. Perarakan graduan sangat bersahaja. Tidak bersemangat. Malahan ada graduan masuk ke dewan selepas setengah jam majlis berlangsung, iaitu setelah diploma disampaikan (bukan seorang dua, malah berpuluh orang).

Tiada keikhlasan langsung dalam memberi dan menerima diploma. Kedua-dua pemberi dan penerima melihat kamera semasa tangan dihulur. Sangat berbeza semasa di MSU.

Acara ini dicacatkan lagi dengan pekik-lolong dan tangisan kanak-kanak. Mengapa kanak-kanak kecil dibenarkan masuk?. Orang-orang bodoh yang datang juga merusuh di luar dewan dengan membuat bising supaya dibenarkan masuk walaupun datang lewat (sangat lewat).

Ucapan? Sangat menyedihkan apabila kolej ini memberi ucapan dalam bahasa Penjajah Inggeris, seolah-olah majlis konvo ini diadakan di Gujarat, bukan di Malaysia. Bayaran untuk konvo MAHSA saya fikir dua kali ganda mahalnya berbanding dengan PTPL.

Semasa majlis berhenti rehat selama 15 minit, hadirin dibiarkan menunggu tanpa apa-apa pengisian. Kami mengambil kesempatan 15 minit ini untuk minum pagi di Kafeteria, memanggil anak untuk bergambar dan pulang ke rumah.

Wednesday, June 13, 2012

KISAH BELI KIMONO MERAH DI OKINAWA



PADA tahun 1989, saya pernah beli kimono musim panas (yukata) di Kokusai Dori, Naha, Okinawa, Jepun. Pada tahun 2012, saya datang dengan isteri untuk beli kimono pula (lagi). Saya rasa kedainya adalah kedai yang sama, namun penjualnya sudah bertukar.

Semasa memilih-milih kimono, isteri saya cakap Melayu. 'Merah, merah" merujuk kepada kimono warna merah. "hait (baiklah) kata penjual dan memberikan cermin kepadanya secara berkata "mira, mira".

Kami ketawa.....

merah (red) = mira (mirror).

ha ha ha ha.

Friday, June 08, 2012

APA ORANG LAIN KATA TENTANG KITA


Tuan Mba San adalah seorang pegawai tinggi kementerian. Beliau juga peminat sukan basikal.

Berkenaan isu pasaran ceramah motivasi dalam sektor kerajaan, beliau menulis....

"Ceramah motivasi wajib? Ada kalanya upah supaya hadir pun ada yang masih culas. Itulah hakikat."



- Puan Ainon, PTS.

Sunday, June 03, 2012

HEADER BARU

SAJA tukar sebab sudah lama tak tukar.