Pages
▼
Tuesday, January 31, 2012
OH KOME DURIAN DAH BERBUNGA
I was at Kg. Padang Tengala, Parit, Perak, di mana lagu ini dikisahkan oleh Mr.Os
MR.OS DURIAN DAH BERBUNGA LYRICS
Oh kome, deghoyan dah berbunge
(dah berbunge)
Moh kite minang anok dare
(anok dare)
Anok dare, anok dare kote
(dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale
(iye)
Kate deme, sakit jatuh cinte
(jatuh cinte)
Sakit lagi bile jatuh tangge
(jatuh tangge)
Kate deme, cinte itu bute
(cinte bute)
Nasib baik teman tak merabe-rabe
(rabe-rabe)
* Bile musim deghoyan
Deme mule bengkeng
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking
Kalau musim deghoyan
Ramey berani nampor
Ape deme nak heran
Saman boleh bayor
Oh kome, dengoyan udah luroh
(udah luroh)
Lebih baik cepat pegi suloh
(pegi suloh)
Lambat sikit kome dapat habuk
(dapat habuk)
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
(padan muke)
Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh
(nak ke mekoh)
Yang mude gatey nak menikoh
(nak menikoh)
Musim deghoyan banyok sedare mare
(ramey-ramey)
Bila nebas, seko tak nampak muke
(memang gitu)
"woih..penuh oghang kampong bile musim deghoyan..
haa pegi lekeh kome, deghoyan da lughoh..
suloh suloh cepat..
bebaik kome, timpe dek deghoyan tumpo, kome.."
ulang *
"haa ni le time-time musim deghoyan..
bile musim deghoyan huui penoh oghang kampong..
xde deghoyan, haa hutan kampong.."
Friday, January 27, 2012
IKLAN PETRONAS PALING KELAKAR
Ini adalah merupakan skrip lakonan Petronas paling kelakar yang saya jumpa:
Cakap ini:
Selamat datang Cik,
Kami ada minyak baru Promax95xtra
lebih jimat dan power
Cik isi penuh?
Terima kasih datang lagi.
SKRIP ini patut dihafal oleh pekerja stesen minyak Petronas, samada dia MAlaysia ataupun Bangla.
Namun oleh kerana kreativiti yang tinggi dalam diri staf Petronas, skrip ini dibuat besar-besar dan digantung dekat pam minyak. Dengan itu "Cik", iaiatu gantinama kepada pelanggan boleh baca sendiri dan melakonkan watak Bangla yang bekerja di situ. Kelakar kan!!!.
Jangan kata "tidak tahu", jika tidak tahu kena tanya bos....
Jadi, jika "Cik" tidak tahu, dia perlulah panggil "Bos"
Hahahahah kelakar sungguh.
Saya ingin sampaikan award paling kelakar ini kepada Presiden Petronas!!!.
Saturday, January 21, 2012
Friday, January 13, 2012
KASUT MERAH
Lama sungguh tidak pakai kasut begini
Nak jadi cerita, kasut telah hilang dalam simpanan
Maka terpaksalah beli baru untuk acara esok . Mudah2an hujan ....
Nak jadi cerita, kasut telah hilang dalam simpanan
Maka terpaksalah beli baru untuk acara esok . Mudah2an hujan ....
Wednesday, January 11, 2012
PERS: PUTRAJAYA E RIDERS
Kayuhan akhir tahun 2011.
Kayuhan Awal Tahun 2012
KAMI semua bermula dengan MTB, Proton T-Bolt. Kira-kira 20 orang pada masa itu. Kemudian beberapa orang beralih kepada Road-Bike (RB). Kini semua sudah mempunyai RB dan berkayuh merata-rata. Sebahagian PERS yang masih setia dengan MTB beralih arah kepada Folding Bike (FB) pula. Maka tertubuhlah PURs. PERS yang asal boleh dibilang dengan sebelah jari sahaja.

Sunday, January 01, 2012
KEGAGALAN 2011
Kajang, 1 Januari 2012:
Semenjak saya mula menulis, Alhamdulillah satu buku saya diterbitkan dalam setahun. Setiap tahun. Kini sebanyak tiga buah buku saya telah diterbitkan bagi tiga tahun berturut-turut:
1. Kerjaya Dalam Bidang ICT, 2008, PTS
2. Buat Duit Dengan Foto, 2009, PTS
3. 50 Jawatan Terpilih Dalam Kerajaan, 2010, Karangkraf
2011 telah berlalu dan saya telah gagal memenuhi KPI 10 buah buku melalui 1 tahun 1 buku. Kegagalan KPI peribadi ini, jika hendak dikatakan di luar kawalanpun boleh juga. Sebabnya, kita hanya menulis dan penerbit yang menerbitkan buku. Walaupun penulis telah berjaya menulis 10 buah buku sekalipun, tetapi penerbit tidak menerbitkannya, maka buku yang diterbitkan adalah sifar.
Banyak faktor mengapa penerbit tidak menerbitkan buku daripada penulis. Walau apapun sebabnya, ia hanya berkisar kepada kegagalan penulis juga, ia itu penulis telah gagal memberi pulangan yang lumayan kepada penerbit. Dalam erti kata lain, buku yang diterbitkan tersebut tidak laku sebagaimana yang diharapkan oleh penerbit.Penerbit adalah orang bisnes, mengapa perlu diterbitkan buku dari penulis yang tidak menguntungkan? Jika sasaran penerbit ialah RM1 juta jualan, sedangkan jualan buku tersebut cuma RM1 ribu, lupakanlah sahaja.... ya tak?. Jangan salahkan penerbit.
Bagi mengatasi kegagalan 2011, saya akan mengatur strategi, langkah demi langkah supaya saya tidak gagal lagi pada 2012. Bukan setakat itu sahaja, saya juga akan membantu rakan penulis lain yang menerima nasib yang sama. Jika penulis tidak bantu penulis, siapa lagi?.
Tunggukan pemberitahuan selanjutnya.
Anda mungkin berminat dengan:
http://mba2u.blogspot.com/2008/04/50-jawatan-ict-terlaris.html
http://blog.mindasys.com.my/2009/03/50-kerjaya-it-yang-paling-popular-di-dunia/
Wassalam.