Pages
▼
Monday, February 28, 2011
GRAMAFONE
SEMALAM saya ke Armcorp Mall, Petaling Jaya untuk melihat jualan barangan antik. Ia dibuka setiap Ahad.
Ramai betul penjual di sini. Barangkali ada penjual yang tidak mendapat sebarang hasil jualanpun sepanjang hari. Namun semangat dan barangkali hobi mereka untuk berniaga, begitu kuat sekali. Saya terfikir.... alangkah elok jika barangan antik begini dijual melalui kedai on-line sahaja. Pasarannya ke seluruh dunia dan tidak perlu berpenat lelah mengangkat, mengatur dan menunggu barang dibeli.
Gramafone, ia itu barang yang menjadi idaman isteri saya semenjak sekian lama, akhirnya bertukar tangan dengan harga kurang seribu ringgit. Gramafone ini saya lihat beberapa kali di London dan Reading, UK. Harganya jauh lebih mahal berbanding di sini. Seperkara lagi, aia agak sukar untuk dibawa pulang jika dibeli dari luar negara.
Sunday, February 27, 2011
BUAT DUIT DENGAN KATERING
BUKU ini saya beli semasa di BookCafe @PTS bukan kerana saya ingin berniaga katering. Saya tidak berminat berniaga dalam bidang ini, walaupun anak saya adalah seorang chef. Isteri saya yang memilih buku ini dan saya bersetuju setelah melihat ia ditulis oleh kenalan saya.
Ini adalah buku pertama yang saya baca dan habiskan dari senarai 24 buah buku yang dibeli di BookCafe @PTS. Kandungannya sangat menarik dan bersahaja. Penuh dengan kisah benar pengalaman penulis. Sungguh seronok membacanya.
Saturday, February 26, 2011
BOOKCAFE @PTS
Monday, February 14, 2011
TANDATANGAN BUKU
Sunday, February 13, 2011
Saturday, February 12, 2011
KEDAI BUKU
Friday, February 11, 2011
PESTA BUKU KARANGKRAF
Thursday, February 10, 2011
ROBERT CHOY
ROBERT adalah seorang usahawan Malaysia yang bertapak di Beijing, China. Beliau sekala sekali berkunjung ke Malaysia dan Singapura melihat-lihat operasi bisnes dan keluarga di sini.
Dulu beliau adalah kakitangan Kerajaan dalam bidang farmasi dan kini sudah lupa sepenuhnya jawatan-jawatan dalam Kerajaan.