Pages

Tuesday, July 29, 2008

APALAH PUNYA MAKNA BAHASA



AHAD lepas kami berbasikal keliling Putrajaya. Habis keliling Tasik Putrajaya. Paling seronok ialah berada di tengah-tengah tasik/empangan Putrajaya. Sebabnya tempat tersebut ialah kawasan larangan. Kami ditegah oleh jaga daripada berbasikal di dalam kawasan tasik. Kami buat tak endah sahaja. Kami kayuh basikal. Jaga tak boleh kejar dengan motor.

Walau apapun, kami temui papan tanda yang amat memusykilkan hati. Ia bertulis "Penutupan Empangan Utama dan Penakungan Tasik Putrajaya ini Telah Disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir ..."

Apakah maksudnya Penutupan Empangan Utama?
Saya: Empangan Utama ini tidak digunakan lagi, sudah ditutup
Won: Ia adalah tarikh penyiapan, dari perkataan Inggeris completion
Muhaimy: Completion ialah penyiapan. Penutupan ialah closing
Saya: Mengapa penutupan (closing) perlu disempurnakan?.
Won: Salah guna bahasa
Muhaimy: ????

Monday, July 28, 2008

CADANGAN PENULISAN DITOLAK PENERBIT

[28 Julai 2008]

Assalamualaikum WBT

Semoga tuan sentiasa dilindungi Allah SWT

Emel ini bertujuan untuk memaklumkan tajuk tuan: Buat duit dengan kamera telah dipersetujui oleh pihak pengurusan. Oleh itu, saya dengan rasa gembiranya, memaklumkan tuan boleh terus menyediakan manuskripnya.

Akan tetapi, untuk tajuk buat duit dengan Novelfon, pihak pengurusan merasakan aktiviti ini tidak praktikal untuk semua masyarakat. Oleh itu, kami merasakan proposal ini tidak bersesuaian untuk pasaran masa kini.

Sekian, Wassalam

SAY NO TO AUSTRALIA


Japanese tourists say no to Australia
SYDNEY — Australia, with its beautiful Great Barrier Reef and cute koalas, was once seen as the destination of choice for Japanese holiday makers. Figures from the Australian Bureau of Statistics released Tuesday, however, have provided more evidence that the Japanese tourist industry in Australia is on a sharp decline.

The number of Japanese tourists visiting Australia fell by 8.6% last year, despite the government investing millions of dollars in advertising to lure them Down Under. Tourism Minister Fran Bailey said she was concerned about the fall in Japanese tourists. “The appreciation of the Australian dollar to the yen, coupled with the slashing of aviation seats out of Japan by 9% is making the dream of an Australian holiday less of a reality for too many Japanese,” Bailey said.

The government introduced a A$13 million Japanese action plan in a bid to rescue the A$2 billion market in 2005, which included marketing Australia as a “fresh” destination that offered more experiences than just the Great Barrier Reef and the Sydney Opera House.

Has the strength of the Australian dollar killed Japanese tourism in Australia? Is the Japanese love affair with koalas and kangaroos at an end?

Source: http://www.japanprobe.com/?p=1101

Sunday, July 27, 2008

AKU ADALAH PARIA KEPADA AUSTRALIA



MENGIKUT jadual, hari ini aku terbang ke Australia untuk menghadiri IHE pada hari Isnin. Dalam situasi kerajaan tidak menggalakkan sfatnya ke luar negara, permohonan aku ke Australia walaupun hanya dibuat dalam masa seminggu (sepatutnya sebulan), tetap diluluskan oleh KSU.

Namun, hendak dijadikan cerita, visa aku telah tidak diluluskan oleh kerajaan Australia. Alasan paling kukuh yang boleh aku berikan ialah kerana nama keluargaku adalah seorang Khalifah Islam dan juga menantu kepada Rasulullah. ITU SAHAJA.


Your application has not been successful.
Your application has been reviewed by the Australian immigration authorities. It has not been successful.
Please contact the nearest Australian visa office. A list of these offices and ETA contact procedures is available by clicking on the link on the home page.
Do not submit the application again. The result will be the same and another fee will be payable.


Sememangnya hak untuk mengeluarkan visa adalah merupakan hak mutlak sesebuah negara. Malaysia juga akan menolak permohonan visa dari rakyat asing yang pada pandangannya adalah tidak layak. Siapa yang akan keluarkan visa kepada orang asing yang sengkek, papa kedana, paria dan yang setaraf dengannya. Itu hak mutlak negara. Biasanya kita perlu isi borang, berikan gambar, sertakan surat daripada majikan, sertakan penyata bank dan kadang-kadang dipanggil temuduga. Dalam kes Australia ini, ia menolak hanya berdasarkan NAMA dan nombor paspot sahaja. Jika paspot tidak pernah digunakan (paspot baru dengan nombor baru sudah tentunya), maknanya ia ditolak semata-mata kerana NAMA. Betapa parianya nama aku di mata Australia.

Oh tidak mengapa..... memang ada hikmah di sebaliknya. Aku tidak rasakan sebarang kerugian langsung. Aku akan pastikan juga aku tidak akan kerugian. Sebaliknya pihak kanggaro yang akan menanggungnya. Semuanya.

Aku pernah mendengar cerita (entah benar, entahkan tidak). Tun M mempunyai masalah peribadi di zaman silamnya dengan British. Lantas dia keluarkan polisi 'Buy Bristish Last'. Tapi, aku bukannya PM. Oleh itu aku dengan rasminya melancarkan kempen 'Say NO To Australia', hanya untuk diri aku sendiri. Jadi, janganlah engkorang bawa produk Australia, atau orang Australia atau apa-apa sahaja kepada aku. Kesian kat engkorang nanti.

PARIA AUSTRALIA.

Saturday, July 26, 2008

MALAYSIA TIDAK RAMAH PELANCONG


SAYA dengar ramai orang berkata bahawa rakyat Malaysia adalah peramah. Biasanya kata-kata tersebut datangnya daripada masyarakat Barat yang sememangnya ramah dan suka memuji.

Membaca catatan seorang sahabat mengatakan bahawa beliau tidak menemui kemudahan Internet di Alamanda membuatkan saya teringat untuk membuat catatan ini. Alamanda sememangnya mempunyai kemudahan Internet (percuma) di Starbuck. Ramai orang yang tahu. Ramai orang yang gunakan kemudahan tersebut. Namun lebih ramai lagi orang yang tidak tahu. Memang tidak ada sebarang notis atau papan tanda pemberitahuan mengenai perkara ini. Ini adalah Malaysia. Yang tahu, tahulah. Yang tidak tahu, memang susah untuk diberitahu.

Bukan itu sahaja. Hampir semua perkara adalah serupa. Misalnya, semasa pertama kali naik keretapi di Kajang. Platfom mana ke Utara, platfom mana ke Selatan tiada siapa yang peduli nak beritahu, tiada papan notis. Kita perlu pandai sendiri. Lama-lama akan jadi pandai. Ia bukan untuk orang yang pertama kali. Alam keliling yang menjadi guru kita.

Begitulah seterusnya dan seterusnya, turun temurun bergenerasi kita di sini.

Friday, July 25, 2008

PAKA DOH


SEMER orang laing paka Perdana. Doh guane mung buleh beli mecedes ni?.



'keter ni mahal walopong muroh'.

Thursday, July 24, 2008

BASIKAL


Bergaya juga Proton baru ini ....

JIKA tiada aral, Sabtu ini kami nak berbasikal di Putrajaya. Nak naik bukit kat PICC. Nak keliling tasik Putrajaya/Cyberjaya.

Nak ikut?. ..... Jom!!!




ada gaya .... ada gaya...

Wednesday, July 23, 2008

NOVELFON


RIN adalah nama pena bagi penulis novel ini yg menulisnya menggunakan telefon bimbit dan novelnya telah terjual sehingga 500,000 naskah (edisi cetakan) dan merupakan top 10 jualan novel di Jepun 2007

NOVELFON adalah satu istilah yang merujuk kepada Novel (atau fiksyen) yang ditulis dan/atau dibaca menggunakan telefon bimbit.

Apakah perbezaannya novelfon dengan novel-novel biasa?.
Di Malaysia terdapat beberapa kategori novel seperti:-
- Novel sastera. Ia adalah novel berat yang menitik beratkan soal-soal bahasa dan kesusasteraan. Biasanya novel jenis ini diterbitkan oleh DBP.

- Novel pop: Novel jenis ini biasanya menggunakan bahasa harian yang dituturkan oleh rakyat jelata. Novel jenis ini adalah lebih popular dan laku kerana ia lebih senang dibaca dan difahami. Terdapat pelbagai jenis tema dalam novel pop seperti cinta, fiksyen-sains, seram, suspen dan sebaginya. Penerbit novel ini adalah seperti Alaf 21.

- Novel BMT. Novel Bahasa Melayu Timggi (BMT) cukup menjaga soal-soal penggunaan bahasa baku dan syariah-compliance. Ia menggunakan kaedah penulisan Surah Yusoff. Penerbit novel jenis ini ialah PTS.

- Novelfon. Novel jenis ini belum diterbitkan di Malaysia. Apa yang ada cumalah novel BMT yang dipindahkan ke telefon bimbit. Ia tidak boleh dikategorikan sebagai novelfon sepenuhnya kerana ciri-ciri bahasa dan struktur ayat dalam novel tersebut tidak memenuhi novelfon.

Apakah ciri-ciri novelfon?.
- Ayat pendek-pendek (tetapi lengkap)
- Cerita tidak berbelit-belit (tetapi sempurna)
- Terdapat ciri-ciri multimedia. (Jika watak menjerit, bunyi jeritannya boleh diperolehi secara pilihan. Sekiranya heroinnya menyanyi, suaranya boleh didengari. Begitulah seterusnya).

MBA: Novelfon akan menemui peminatnya di Malaysia tidak lama lagi.

Tuesday, July 22, 2008

HOBI BUAT DUIT



SEMENJAK harga minyak melambung naik, pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk buat duit. Masalahnya bagaimana nak buat duit?. Jika nak berniaga, apa yang boleh dijual?. Siapa bakal pembeli?. Bagaimana hendak dapatkan pembeli @ pengiklanan @ pemasaran?

Bagi yang hobinya adalah mengambil gambar, biasanya gambar boleh dijual. Jika anda ada banyak gambar dan simpan sahaja di alam album maya di internet seperti fotopages.com. Nanti orang download percuma sahaja. (anda dapat pahala jika menghalalkannya).

Jika anda berhasrat untuk menjual gambar-gambar tersebut, daftarlah di
DI SINI. Anda boleh upload gambar-gambar dan mereka akan menjualnya dan anda dan mereka akan dapat duit. Kita tidak perlu pening-pening cari pelanggan. Mereka akan carikan pelanggan untuk anda. Pendaftaran percuma sahaja. Anda juga boleh beli gambar di sini.

Saya sudah mendaftar dan akan upload gambar untuk melihat hasilnya. Saya akan kongsikannya dalam buku terbaru saya "Buat Duit Dengan Kamera".

Salam.

Monday, July 21, 2008

HOMESTAY DI JEPUN



ATAS permintaan ramai, satu lagi program homestay akan diadakan khusus bagi kanak-kanak sekolah:-

PROGRAM : THE WINTER FRIENDSHIP PROGRAM FOR STUDENTS TO JAPAN 2008.
Tarikh:18 Disember 2008 - 25 Disember 2008.

Maklumat terperinci: hantar mel kepada info@myjica.net

Terima kasih.

Sunday, July 20, 2008

Buy and Sell images on Fotolia.com

Hello,

I would like to introduce you to Fotolia.com. Fotolia offers millions
of royalty free images from $1? Its simply the best deal for stock photos ever!

muhamad

Join Fotolia now

Thursday, July 17, 2008

MAWI : KELUAR MAHKAMAH MASUK BUKIT AMAN


Kan .... dah kata dah!.
Jangan pakai pakaian seragam polis jika bermisai berjanggut berjambang
Hangpa tak percaya
Sekarang apa dah jadi?.

Dari Berita Harian:
Mawi dipanggil Bukit Aman kerana Jin Notti

KUALA LUMPUR: Gara-gara memakai pakaian seragam polis dan berjambang dalam filem Jin Notti, pelakon utamanya, Asmawi Ani, 27, dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Mawi yang memegang watak polis perisik bernama Ajis bagaimanapun gagal menghadirkan diri.

Bintang yang dilahirkan melalui program realiti Akademi Fantasia itu ketika dihubungi berkata, dia tidak diberitahu pihak produksi mahupun KRU Films mengenai perkara itu sebaliknya mengetahui isu dipanggil ke Bukit Aman menerusi rakan media yang menelefon bertanyakan hal berkenaan.

Kata Mawi, dia berada di RTM sejak tengah hari kerana menjayakan rakaman program Aidilfitri dan hanya berakhir pada sebelah petang.

PERINTAH BERKURUNG



BUAT pertama kalinya pada tahun ini, punch card saya merah. Sebabnya polis membuat sekatan jalan raya. Sebab apa nak sekat orang nak pergi kerja?. Lebih baik buat perintah berkurung supaya semua manusia duduk sahaja di rumah. Tidak usah keluar bekerja. Tidak perlu pergi sekolah. Tidak perlu ke mana-mana. Kesnnya ialah:-


1. Minyak tidak membazir
2. Polis tidak perlu jaga jalan
3. Pekerja SUKA !!!!! (tak perlu kerja)
4. Murid gembira!!! (tidak perlu sekolah)
5. Rakyat seronok!!!! (sebab apa?)

Adegan yang diyakini ialah: Semua orang yang terlibat dalam kesesakan yang dicipta oleh polis ini menyumpah dan mendoakan apa-apa yang patut.

Adegan yang tidak sepetutnya berlaku (sudah berlaku): Polis berhenti menyekat jalan tepat jam 8 pagi. Untuk apa?. Lebih baik sekat jalan sampai 12 tengahari atau 8 malam.

MBA: Mangsa lewat (bukan liwat).

Wednesday, July 16, 2008

DE-BAT



MALAM tadi telah berlangsunglah DEBAT "Hari ini bentuk kerajaan, esok turun harga minyak".

Bagaimana d.e.b.a.t dibunyikan?.
Sepanjang-panjang yang saya dengan daripada juruhebah RTM ialah "debat" dibunyikan dengan "e" dan bukannya dengan "e tanda". Ia berbunyi seperti "there bat" dan bukannya "the bat". Sebutan yang mana satu betul bagi "debat"?.

Semenjak kecil saya diajar untuk menyebut "debat" sebagai "the-bat" dan bukannya "there-bat". Maka sekarang terserlahlah kepincangan ejaan baru yang membuang penggunaan "e tanda" dan "e pipih" atau "e taling". Nanti sudah tentu ada orang akan menyebut "Jepun" sebagai "jay-pun". Beruk sebagai "bay-ruk", perut sebagai "pay-rut" dan banyak macam lagi.

MBA- yang sakit telinga apabila mendengar "there-bat".

Tuesday, July 15, 2008

SIRI BUKU BUAT DUIT


Ini adalah senarai pada 15 Julai 2008, hari ini 9 Mac 2009 boleh kita lihat berapa buah buku yang telah diterbitkan


Senarai Tajuk Siri Buat Duit
Senarai ini dikemas kini sehinga 15 Julai 2008 jam 11.33 pagi

1. Golongan Pekerja / Umum
1. Buat Duit dengan Telefon Bimbit dan Pra bayar – sudah ada penulis
2. Buat Duit dengan Kamera
3. Buat Duit sebagai Artis DTP
4. Buat Duit dengan Blog (Blogging Business) – sudah ada penulis
5. Buat Duit dengan Barang Kitar Semula
6. Buat Duit sebagai Pemandu Pelancong
7. Buat Duit dengan cendermata – sudah ada penulis
8. Buat Duit dengan Gubahan Bunga (Hadiah, hiasan rumah, hantaran) – sudah ada penulis
9. Buat Duit dengan Produk Kesihatan -
10. Buat Duit dengan One Stop Centre (faks, telefon, internet, printing, bayaran bil)
11. Buat Duit dengan Menjual/Menyewa Buku – sudah ada penulis
12. Buat Duit dengan Kelas Mengaji & Agama – sudah ada penulis
13. Buat Duit sebagai Juruacara Majlis
14. Buat Duit dengan Jualan Carboot
15. Buat Duit sebagai Penterjemah – sudah ada penulis
16. Buat Duit sebagai Editor dan Proofread - manuskrip dan thesis
17. Buat Duit sebagai Juru taip
18. Buat Duit sebagai Pensyarah/Tutor Sambilan – sudah ada penulis
19. Buat Duit dengan Komputer (consultant/Programmer/Repair) – sudah ada penulis
20. Buat Duit sebagai Penulis – sudah ada penulis
21. Buat Duit sebagai webmaster – sudah ada penulis
22. Buat Duit sebagai Perancang Perkahwinan
23. Buat Duit dengan Menumpangkan Kawan ke tempat kerja – sudah ada penulis
24. Buat Duit sebagai Pengedar Surat Khabar – sudah ada penulis
25. Buat Duit dengan Myspace (Laman Rangkaian Sosial) – sudah ada penulis
26. Buat Duit dengan Multimedia (Gambar Digital, Animasi, Flash) – sudah ada penulis
27. Buat Duit dengan Tusyen – sudah ada penulis
28. Buat Duit dengan Bisnes Konsultansi Insurans/takaful – sudah ada penulis
29. Buat Duit dengan Bisnes Konsultansi Unit Amanah – sudah ada penulis
30. Buat Duit dengan Bisnes Konsultansi Pengurusan Kewangan Peribadi – sudah ada penulis
31. Buat Duit dengan Bisnes Konsultansi Perunding Harta Pusaka – sudah ada penulis
32. Buat Duit dengan Menulis novel guna handphone – sudah ada penulis
33. Buat Duit dengan Bisnes roti arab. – sudah ada penulis
34. Buat Duit dengan Menjual minyak wangi – sudah ada penulis
35. Buat Duit sebagai Wartawan Sambilan / Stringer – sudah ada penulis
36. Buat Duit dengan Membuat Baja Organi – sudah ada penulis
37. Buat Duit dengan bekerja di restoran / Kompleks Membeli belah – sudah ada penulis

2. Golongan Suri Rumah
1. Buat Duit dengan Menjaga Kanak-kanak – sudah ada penulis
2. Buat Duit dengan Menjual Aksesori Wanita (kain dan tudung, cadar, barang kemas)
3. Buat Duit dengan Mini Katering – sudah ada penulis
4. Buat Duit dengan Kuih-muih – sudah ada penulis
5. Buat Duit dengan Mee dan kuetiau – sudah ada penulis
6. Buat Duit dengan Mengajar Memasak – sudah ada penulis
7. Buat Duit dengan Mengajar Menjahit
8. Buat Duit dengan Produk kecantikan – sudah ada penulis
9. Buat Duit dengan Servis Dobi Mini - (basuh, gosok hantar, coin operated laundry)
10. Buat Duit dengan Menjahit Pakaian Wanita dan alteration,
11. Buat Duit dengan Menjahit manik & labuci, – sudah ada penulis
12. Buat Duit dengan Menjahit cushion & pillows
13. Buat Duit dengan servis pembersihan
14. Buat Duit dengan menjual Ais Krim Malaysia – sudah ada penulis
15. Buat Duit dengan menulis Skrip Drama Radio – sudah ada penulis
16. Buat Duit dengan Roti Canai – sudah ada penulis


Tuan;

Bolehkah saya ambil satu lagi tajuk, iaiatu No. 2 Buat Duit dengan Kamera
15.7.08

SELAMAT MENDAKI



4 pendaki myJICA telah memulakan pendakian bermula di stesen 5 jam 12pm tadi (waktu Jepun).

Sunday, July 13, 2008

MAWI MASUK MAHKAMAH



MAWI diberitakan berlakon dalam filem terbaru, iaiatu Jin Notti (entah apa-apalah tu...).

Dalam filem ini Mawi memegang watak sebagai seorang pegawai polis. Polis undercover (mata-mata gelaplah kot).

Belum lagi kita dapat tengok lakonannya, gambarnya dengan pakaian seragam polis dan wajahnya yang berjambang, bermisai dan berjanggut. Bolehkah polis berjambang?. Bolehkah polis berjanggut?. Ya .... bagi tugasan undercover memang boleh. Walau bagaimanapun dengan mengenakan uniform polis, bolehkah begitu?.

Entahlah labu ...

Saturday, July 12, 2008

BILL GATES KATA IPHONE BAGUS?


DENGAR ceritanya Bill Gates kata Microsoft tidak akan bersaing dengan Apple dalam mobile phone. M$ sudah ada 20 juta mobilephone yg gunakan Windows Mobile, walaupun tidak buat handphone. Jadi apalah yang hendak dihairankan dengan Apple, melalui iPhone yang baru hendak mengejar ke angka 1 juta. Bill Gate kata iPhone adalah produk yang bagus.

Mengapa dia kata begitu?.
A. Iphone memang bagus
B. Dia nak minta Steve Jobs guna Windows dalam Iphone
C. Lain-lain.

Thursday, July 10, 2008

PELUANG BISNES MALAYSIA-JEPUN


Bangunan NTT East di Shinjuku

SAHABAT saya, yang juga merupakan bekas guru saya adalah orang besar di NTT Data East. Agaknya dia sudah bosan bekerja makan gaji. Beliau ke USA untuk mendapatkan sijil profesional dalam pengurusan projek. Selepas itu beliau ke Amerika Selatan (Chile, jika tidak silap) untuk belajar bahasa Sepanyol. Kini dia telah faham bila orang cakap Spanish. Cakap Melayu dia setakat selamat pagi sahaja.

Kini dia nak buat bisnes pula. Dia hubungi semua bekas anak murid dia yang berada di seluruh dunia (dia bekas pengajar di Okinawa International Center)untuk buat bisnes antara negara. Pelan bisnes dia cantik. Dia nak jual barang-barang Jepun kepada rakyat Malaysia dan barang-barang Malaysia kepada rakyat Jepun.

Hmmm...

A. Apakah barang Jepun yang diminati oleh orang Malaysia?
1. Barang elektronik
2. Sushi
3.
4.
5.

B. Apakah barang Malaysia yang diminati oleh orang Jepun?
1.
2.
3.
4.


Jika anda ada idea, bolehlah tolong kemaskini.

Terima kasih!.

Tuesday, July 08, 2008

POLITIK BERBAU



BANYAK perkara yang tidak kita jangka memeng mempunyai bau.
Cuba perhatikan perkara-perkara berikut:-

1. Pemimpin dilarang memberi ucapan berbau politik di masjid.

a. Apakah bau politik?. wangi? busuk? kusam? tengit? hapak atau apa?.

b. Bau dapat dinikmati oleh panca indera yang bernama hidung. Kita boleh mencium sesuatu untuk menghidu baunya.

c. Perbuatan menghidu biasanya dilakukan oleh anjing. Anjing memang kuat deria hidunya.

d. Bau politik barangkali dapat dihidu oleh anjing. Ia dinamakan oleh anjing politik.

e. Anjing politik ini orang atau binatang?

Sunday, July 06, 2008

KES ANWAR: MUFTI MANA YANG BETUL?

APABILA Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis bahawa Dato' Sri Anwar Ibrahim meliwat beliau, maka:-

1. Polis membuat siasatan kepada pengadu dan yang dituduh
2. Hospital membuat pemeriksaan terhadap pengadu
3. Mufti Perlis mencadangkan pengadu dan yang dituduh bersumpah laknat atau bermubahalah . Ia itu jika yang cakap bohong, akan ditimpa balasan laknat ke atasnya.

TETAPI:-

4. Mufti Perak kata ia tidak perlu. Cadangan bersumpah tersebut datangnya daripada 'orang yang terlebih pandai'. Dalam Islam tidak ada sumpah dengan Quran. Itu ikutan daripada ugama lain. Hukum

5. Bekas mufti WP juga sependapat dengan Mufti Perak. "kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an. "Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an.

Hmmmmm....

Biarlah polis buat kerja polis. Biarlah doktor buat kerja doktor.
Tapi apa halnya pula dengan Mufti?.

Islam itu satu. Allah itu satu. Quran itu satu. Tetapi mengapa mufti A cakap A, mufti B kata hukum A tidak betul dan mufti A "terlebih pandai?". Mufti mana yang boleh dipercayai? Atau... mufti yang bercakap soal ugamapun tidak boleh dipercayai lagi?.

Kesimpulannya ...... usahlah cakap perkara di luar bidang kepakaran.

CARA ATASI KENAIKAN HARGA MINYAK



Saya beli sebuah Proton baru yang tidak memerlukan minyak, tetapi perlu dikatuh.

Saturday, July 05, 2008

BAHASA CIKGU

SAYA terima sekeping surat daripada sekolah anak saya seperti berikut:-


Kepada Ibubapa/Penjaga

Tuan/puan

SUKAN TAHUNAN KALI KE-X

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.

2. Sekolah akan mengadakan Sukan Tahunan Kali ke-X pada ketetapan berikut;

a) Raptai Penuh
Tarikh, M\asa, Tempat Pakaian dinyatakan

b) Sukan Tahunan
Tarikh, MAsa, Tempat, Pakaian dinyatakan.

3. Kerjasama dan sokongan tuan/puan sangat-sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Makluman
* Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa ibubapa tidak dibenarkan membawa anak pulang lebih awal atas sebab-sebab keselamatan.
* Pihak kantin sekolah akan mengadakan jualan pada hari tersebut.

Saya yang menjalankan tugas.

GURU BESAR


Sebagai ibubapa/penjaga kepada murid di sekolah ini, saya BINGUNG sebab:-

1. Adalah ibubapa dijemput hadir menyaksikan sukan tahunan? TIDAK
2. Adakah ibubapa perlu hantar anak ke atau ke sekolah seperti biasa? Nota: adalah sekitar 2km daripada sekolah
3. Di mana ibubapa perlu jemput anak-anak pulang daripada sekolah? Tempat sukan atau disekolah?. Tidak dibenarkan membawa pulang anak lebih awal. APA MAKSUDNYA?
4. Kantin sekolah buat jualan di sekolah atau di (2km dari sekolah)



Ada sesiapa yang faham dengan kandungan surat ini?.

BINGUNG dengan bahasa cikgu yang "tidak sekolah".

Friday, July 04, 2008

ELAUN NAIK 260% WOOO

Yahoooo!!!!!

KUALA LUMPUR: Kerajaan menaikkan kadar Imbuhan Tetap Gred Khas dan Imbuhan Tetap Keraian bagi jawatan Gred Khas dalam perkhidmatan awam Persekutuan untuk diseragamkan dengan imbuhan diperoleh pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 10 bertarikh 17 Jun 2008 disiarkan di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyatakan, dengan berkuat kuasanya surat pekeliling itu, kadar Imbuhan Tetap Jawatan Gred Khas seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1991 dan kadar Imbuhan Tetap Keraian bagi jawatan Gred Khas dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1996 terpinda.

Kadar baru imbuhan tetap jawatan Gred Khas yang ditetapkan adalah bagi jawatan Gred Khas A, imbuhan tetap gred khas dinaikkan kepada RM2,500, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM4,000.

Bagi Gred Khas B, kadar imbuhan tetap gred khas dinaikkan kepada RM1,500, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM3,050 dan Gred Khas C menerima imbuhan tetap gred khas RM1,000, manakala imbuhan tetap keraian dinaikkan kepada RM2,500.


dari Berita Harian.

Thursday, July 03, 2008

Wednesday, July 02, 2008

PERLUKAH KITA BERFIKIR?

ORANG yang makan gaji dengan kerajaan biasanya dipanggil dengan sebutan government servant. Ia membawa maksud orang gaji atau orang yang berkhidmat untuk orang awam atau alat atau orang yang mengabdikan dirinya kepada seseorang/sesuatu. Sebagai orang gaji, mereka mestilah patuh kepada arahan dan suruhan tuannya (selagi ia tidak bertentangan dengan peraturan, undang-undang dan barangkali tabii).

Kuasa yang diberikan kepada government servant adalah dari atas ke bawah, mengikut hiraki yang ditentukan.

Sebagai contoh, sekiranya KSN memanggil mesyuarat KSU. Maka KSU tidak perlu berfikir samada ingin hadir ataupun tidak. Dia tidak boleh menghantar mesej kepada KSN mengatakan ia tidak boleh hadir kerana dia akan mempengerusikan mesyuarat dengan SUB. Lainlah jika dia ada mesyuarat dengan menteri. Maka dia akan buat pertimbangan ingin hadir mesyuarat yang mana satu. Mungkin minta pandangan daripada menteri. Mungkin minta keizinan KSN untuk hantar wakil ataupun hadir sedikit lewat. Dalam keadaan biasa, ia tidak perlu fikir, apatah lagi hanya untuk mencari alasan. Begitulah seterusnya hingga ke bawah.

Namun kini nampaknya pegawai-pegawai bawahan sudah terlalu kreatif pemikirannya. Mereka akan berfikir di luar k(otak) untuk tidak hadir mesyuarat yang dipengerusikan oleh pegawai atasan dengan alasan ada mesyuarat lain (yang dia sendiri tentukan).

Tuesday, July 01, 2008

JAPAN GT


Japan GT adalah perlumbaan kereta ala-ala F1 bagi kejohanan kebangsaan Jepun. Ia dijalanbkan beberapa siri di Jepun. Malaysia adalah satu-satunya negara di luar Jepun yang diberi peluang menganjurkan perlumbaan ini.


pemegang tiket grand stand menuju ke destinasi. Opps mana sorang lagi? .... pegang kamera la!