Pages

Saturday, May 31, 2008

TUGAS MAKAN

DI ANTARA banyak-banyak tugas, tugas makan bukanlah mudah.
Sebelum hadir untuk bertugas makan, kita perlu makan (bukan tugas, tetapi keperluan)dulu.
Kita tidak boleh campuradukkan di antara makan (keperluan) dengan tugas (makan).
Jika makan tugas dan makan perlu dijamakkan, alamak adalah yang tidak kena,
barangkali kita akan sakit kepala
kerana lamanya perlu menanti.



Dah habis tugas makan

Antara tugas makan - merenung bunga

Sebelum makan - tenung menu

Friday, May 30, 2008

BELI BUKU ONLINE

[IKLAN] - Sila browse ke bawah untuk entri terkini




Klik pada foto untuk beli buku online

Monday, May 26, 2008


HILANG BATU PUTIH CURI BATU KAWAN

'Kita kehilangan Batu Putih , jangan risau . . Kita masih lagi byk batu....Batu Kawan d Penang, Batu Berendam d Melaka, Batu Uban d Perlis, Batu Pahat d Johor, Batu Lintang d Sarawak, Batu Burok d Terengganu dan yg paling penting kita masih lagi ada BATU CAVES d Selangor" kata Samy Vellu.

Ada cadangan apa nak buat dengan batu terumbu karang tengah yg kita dapat?
1. Buat tempat rehat nelayan
2. Buat kem tentera
3. pasang tiang bendera tertinggi di dunia
4. Tambak batu ...

Thursday, May 22, 2008

RAYUAN TERAKHIR ...



SEKALI lagi myJICA akan menganjurkan ekspedisi mendaki Gunung Fuji atau Fujiyama di Jepun pada 13 Julai nanti. Ekspedisi ini adalah kali yang ke-3 kami anjurkan. Dengan penuh bangga (bercampur riak) diumumkan bahawa pakej mendaki Fujiyama ini hanya dibuat oleh myJICA sahaja di Malaysia ini. Tidak ada pasukan lain yang melakukannnya.

Ada soalan?
1. Apa seronoknya mendaki Fujiyama?
2. Gunung Kinabalupun belum panjat, ada hati nak naik Fujiyama
3. Naik bukitpun nak semput, jangan beranganlah Fujiyama
4. Saya tak tahan sejuk...
Ada jawapan ....

Setakat ini kami sudah ada 11 orang pendaki dan pelawat (tidak semua ingin mendaki). Kami perlukan minima 4 orang sahaja lagi untuk mencukupkan kuota penerbangan.

Berikut adalah pakej kami:

Day1: Bertolak dari KLIA ke Tokyo
Day2: Tiba di Tokyo. Bermalam di Hakone
Day3: Mula mendaki. Bermalam di stesen 8. Mt.Fuji
Day4: Turun. Bermalam di Tokyo
Day5: Acara bebas di Tokyo
Day6: Balik


Harga: RM4888. Ia meliputi segala benda dan tidak ketinggalan satu perkara pun (kecuali duit saku untuk membeli belah).

Berminat?. Hubungi Azhar 019-2739390

Wednesday, May 21, 2008

CT SCAN

14 Disember 2007 saya menulis mengenai Sakit Jantung . Lama sebelum itu sebenarnya, xxx sakit dada. Akhirnya setelah berjumpa dengan dua orang doktor biasa (doktor dok pakkar @ doktor tidak berguna - kata arwah ayah saya), xxx menemui doktor pakar. Mula-mula dijalankan X-Ray. Hasil daripada x-ray, CT Scan akan dijalankan.

Apakah CT Scan?. CT = Computerise Tomography.



What is a CT scanner?

A CT (computerised tomography) scanner is a special kind of X-ray machine. Instead of sending out a single X-ray through your body as with ordinary X-rays, several beams are sent simultaneously from different angles.

xxx kena buat thorax CT Sca. Ya lah sebab sakit dada...

Chest (thorax). A CT scan of the chest can look for problems with the lungs, heart, esophagus, the major blood vessel (aorta), or the tissues in the center of the chest. Some common chest problems a CT scan may find include infection, lung cancer, a pulmonary embolism, and an aneurysm. It also can be used to see if cancer has spread into the chest from another area of the body.


Panel A. Chest X-ray shows an enlarged left upper mediastinum.

Panel B. Thorax CT-scan showing a pseudo-aneurysm in the descending part of the thoracic aorta at the side of the previously implanted patch with evidence of extraluminal contrast medium (arrow).

Panel C. Thorax CT scan showing an upper left pulmonary lobe high-density opacification (arrows) caused by blood, probably due to an aorto-bronchial fistula.

Panel D. Thorax CT scan at 3-year follow-up showing complete exclusion of the aneurysm.



p.s Malas nak nulis, sebab nak siapkan buku yang sudahpun terlewat.

Tuesday, May 20, 2008

BUKAN INI SAJAK

nota: - sajak lipat dua: eksoterik esoterik. satu melihat orang melihat Tuhan. satu lagi melihat Tuhan melihat orang


Bukan itu
Sajak
Mengabstrak apa yang jelas
Tapi
Menjelas apa yang abstrak

Kesenian lafaz
Kesenian alat
Kesenian makrifat

Sayang!
Bukan ini
Sajak
Yang terlafaz keilmuannya
Yang tak terhakikat takrifnya



- Nailun (Tuan Kebun)

Monday, May 19, 2008

BAHASAKU MELAYU

- Buat Bapak Baha Zain




Bahasa Melayuku
Akar menunjang ke bumi identiti
Menjangkar tumbesaran pohon tamadun
Menualang mantap di belantara globalisasi

Semenanjung pengkaran mendalam meluas
Semenualang silaraan membuah menuah

Terhasil sudah:
Kembangan Melayu mewangi Hanum
Khuldi Melayu bersari ranum

Menjadi
Penghandalan lebah belantara bermadu cinta
Penghandalan pipit desa bersarang meloka
Penghandalan enggang nusantara memaruh harapan
Penghandalan hud-hud lima benua bersafar tajir.

Tapi sayang!
Tanpa mehu disedarkan
Paritan pamah fikiran nan menyempit kebahasaan menyelut
Pohonan landskap kepemimpinan nan merakus prioritas
menindas
Tunjang nan mendalam mereput pada keasaman lokos
Sekunda nan meluas melonde pada jangkar terputus
hingga
Terlangkalah kehijauan Melayu
Terlangkalah kembangan Melayu
Terlangkalah khuldi Melayu


-Nailun "tukang kebun"

Saturday, May 17, 2008

RUMAH TAN SRI KHALID IBRAHIM


RAMAI orang tahu bahawa rumah Tan Sri Khalid Ibrahim adalah besar. Macam istana. Apa yang terlintas di hati dan perasaan anda bila melihat rumah tersebut?. Bangga?. Garam & Irihati?. Ingin berusaha lebih?. Tertanya-tanya berapa dan daripada mana duitnya?.

Itu semuanya terpulang kepada anda.

Kepada orang seni, ini adalah hasilnya setelah melewati rumah Tan Sri. Sebuah puisi.


RUMAH MELAYU

- Baiti Jannati
- Ilham lewat rumah Tan Sri Khalid Ibrahim

Rumah Melayu merabung bukit
Tiang seri merbau rimba nusantara
Dikufi Bugis serapah sufi
Meloteng di awan
Menerasi gapura taman cinta
Cinta bangsa
Cinta bahasa
Cinta agama

Cinta orang berbangsa cinta
Cinta lidah berbahasa cinta
Cinta hati beragama cinta

Rumah Melayu merabung syurga
Tiang seri solat pohon Kamaliah
Dikufi diri satu wujudiah
Meloteng di sana
Buat selama-lama


NAILUN SALLIH

Friday, May 16, 2008

SELAMAT PAGI CIKGU



HARI ini, 16 Mei adalah merupakan Hari Guru.
Selamat Hari Guru.
Selamat pagi cikgu.
Ohayo gozaimasu Sensei-san.
Good Morning Teacher.



dan "good morning sor"

Thursday, May 15, 2008

SABARLAH SAYANG

AH, dah bosan menulis entri (yang entah dibaca orang), jom menulis puisi pula.

Dari Jejawi negeri Perlis
Ingin pergi negara seberang
Hari-hari kita menulis
Entah dibaca, dibenci orang


Ma indakum yanfad. Wa Ma indallahi baq. - An-Nahi/96 (Sebuah lagi karya Nailun "tukang kebun")

Sabarlah sayang!
Perpisahan ini
Kesementaraan itu
Aku kembali
Kembalikan segala
Demi cinta
Terjanji bersama

Tiada haq
Haq terkembali
Tiada bahagia
Bahagia terkembali
Tiada derita
Derita terkembali
Tiada kaya
Kaya terkembali
Tiada papa
Papa terkembali
Tiada mati
Mati terkembali

Tiada nikmat
Tiada musibah
Tiada ku punya apa
Cuma kau
Kerana
Tiada aku
Melainkan
Aku terkembali untuk kau
Aku tertiada segala rasa
Aku terpekasa jiwa raga

Sabarlah sayang!
Pertemuan ini
Kesementaraan itu
Aku pergi
Pergikan segala
Bila masa
Akan kau menahukan
Erti sabar
Yang tak mahu menahu erti

Tuesday, May 13, 2008

BUKU KERJAYA DALAM BIDANG ICT DILELONG RM1




Buku Kerjaya Dalam Bidang ICT dilelong dengan harga RM1 di di sini Sesiapa yang berhajat dipersilakan.

Sunday, May 11, 2008

DARI MBA KEPADA SIFU



Assalamualaikum Sifu-san;

Saya dapati profail diri saya sebagai penulis adalah kosong di BookCafe. Bagaimanakah caranya saya boleh usahakan supaya ruangan tersebut dikemaskini?.

Jika saya search nama saya sebagai pengarang di MPH, memang tidak keluar kerana buku "Kerjaya Dalam Bidang ICT" tidak ada pengarang (pengarang yilek/nill). Bagaimana saya boleh bantu supaya ia dikemaskini?.

Berbanyak terima kasih dan wassalam.

Saturday, May 10, 2008

PROMOSI BUKU: MBA JAWAB ZAMRI

SAYA menghadapi masalah untuk menulis komen dalam blog UNIKA, lantaran itu saya berikan pandangan saya terhadap komentar sdra Zamri di sini:-

Tuan MBA memberi saingan kepada penulis PTS


Ketiga, saya seronok melihat Tuan MBA mempromosi buku, bermula dengan cabutan bertuah sehinggalah kewujudan laman web Tuan.

Apa yang Tuan lakukan saya lakukan dengan mengadaptasi kaedah. Cuma cara saya rendah sedikitlah mengikut cara penulis bawah tanah seperti saya ini.

Tuan MBA memberi persaingan kepada kami untuk sama-sama bekerja kuat mempromosi buku.

Tahun lalu Puan sudah beduk saya, “Ada penulis datang ke Pesta Buku menyorok belakang rak buku!”

Tahun ini saya buat gila. Rupa-rupanya, ada juga penulis yang mahu gila-gila dengan saya. Gila-gila ambil peluang ala cara bisnes Cina kedai buku Popular dan ala Billy Ps Lim Dareto Fail.

Di situlah timbul idea pakatan penulis di Pesta Buku (Tuan MBA mahu turut serta tahun hadapa?)dengan poster buku, poster web yang diedarkan terus ke tangan mereka. Cuma poster kami hitam putihlah, biasalah kerja-kerja gerila. Tembak dan lari, kemudian datang lagi. Hahaha!

Tahun hadapan pasti ramai penulis PTS akan mengikut jejak Tuan MBA. Saya sudah nampak seorang yang bernama Tuan ----.

Apa yang kita lakukan ini semua adalah penjenamaan karya, penjenamaan penulis dan penjenamaan budaya buku melalui pendekatan pemasaran gerila.

Cuma kita bermain permainan ini dalam masa yang singkat untuk melakukan semuanya.


Tuan Zamri;

Ada satu lagi yang saya buat yang tuan boleh ikuti. Iaitu melelong buku di www.lelong.com.my dengan harga RM1 dan tanpa harga minima.

Setakat ini saya dapati ia amat berkesan ke atas barangan lain. Cuma buku saya di situ masih belum laku lagi.

Katakan buku kita harganya RM20 di pasaran. Kita beli dengan PTS (35% diskaun) dengan harga RM13. Lelong sahajalah dengan harga RM1, TETAPI disyaratkan bayar belanja pos RM15. Dengan harga RM16 yang kita perolehi, tidaklah untung setelah ditolak belanja pos, namun ianya menyeronokkan.

Biasanya pengguna tidak perasan, atau tidak ambil kisah tentang harga pos ini dan mereka akan mematuhinya. Lagi pula jumlah yang dibayar, RM16 adalah lebih murah daripada harga pasaran.

Cubalah Tuan Zamri.

p.s Memberi hadiah laptop berharga RM1,800 bagi jualan buku RM18.50 adalah suatu kerja paling tidak senonoh yang pernah dibuat orang. Ia memang tidak logik di mata orang awam, khususnya akauntan seperti Tuan Shamsuddin Kadir ;-).

Harga buku RM18.50
Harga Laptop RM1,800
Harga Kepuasan: Tidak ternilai
Harga Networking: Syyyyyy!!!

Thursday, May 08, 2008

BUKU DAH HABIS?



Oh.... banyaknya lagi. Bila nak laku ni?.

Wednesday, May 07, 2008

LEMBU


Ini Adalah Lembu

Lembu adalah lambang kebodohan seperti kata "bodoh macam lembu"
Lembu buat kerja bodoh dalam kata "lembu punya susu, sapi punya nama"
Lembu ikut babi buta dalam kata "lembu dicucuk hidung"
Tapi;
Lembu lebih baik daripada manusia dalam kata
"lembu dipegang talinya, manusia dipegang janjinya"
Manusia memang suka mungkir janji
Manusia;
Lagi bodoh dari lembu sebab kat parlimen, ahli parlimen (AP)
panggil AP yang lain sebagai "lembu"

Nota:
Saya lebih sukakan lembu daripada manusia,
(yang tidak boleh dipegang janjinya)
sebab lembu boleh sembelih buat gulai
lembu boleh jual dapat duit
manusia sudah banyak tipu sama sayalah .....
"cakap tidak surupa bikin"

Tuesday, May 06, 2008

GURU ARKITEK BANGSA



INI sebuah lagi novel kerjaya. Daripada tajuknya sahaja kita telah boleh agak bahawa ia adalah tentang guru. Novel ini juga ditulis oleh sahabat saya. Hebat sungguh dia orang. Kami sama-sama hadir kelas, Sifu cakap pasal novel kerjaya, novel mereka sudahpun keluar, saya baru nak tulis proposal.

Novel ini menceritakan perihal guru. Kita semua ada guru. Barangkali cerita pasal guru bukanlah asing kepaa kita. Namun sebahagian besar daripada kisah dalam novel ini menceritakan mengenai latihan guru di maktab perguruan. Ia adalah asing bagi mereka yang bukan guru.

Novel ini saya mula baca dan habiskan dalam perjalanan pergi dan balik ke hospital Bentong kerana melawat kawasan parlimen di situ.

Monday, May 05, 2008

MEREDAH SAMUDERA


NOVEL kerjaya: Meredah Samudera - Menyusuri Kerjaya dalam Bidang Maritim saya beli kerana ia ditulis oleh sahabat saya. Saya ingin tahu bagaimana novel kerjaya ditulis. Saya ingin tahu bagaimana kehidupan seorang pelaut.

Semasa saya bertugas di JPA dalam tahun 1990an dahulu, saya memang sudah sedia maklum bahawa pelatih-pelatih Akademi Laut Malaysia (ALAM) memerlukan msa selama sepuluh tahun untuk menamatkan pengajian. Saya hairan dengan pengajian yang begitu lama. Kini novel tersebut menjawab soalan saya.


Sinopsis :

Siri Novel Profesion mengetengahkan gaya bercerita dalam menyampaikan maklumat dan perjalanan yang perlu ditempuhi dalam memahami setiap kerjaya yang dicita-citakan.

“Saya mahu bekerja di kapal dagang, ayah. Saya mahu menjelajah seluruh dunia, melihat negeri orang,” kata Yaakob, sambil memegang erat jorannya setelah umpan mencapai dasar laut.

“Apabila kamu lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang, kamu dapat memohon mengikuti program kadet di Akademi Laut Malaysia.”

“Cikgu Berahim kata matematik moden dan matematik tambahan juga penting. Sebab ilmu pelayaran memerlukan asas yang kuat dalam bidang matematik,” kata Yaakob. “Sains dan bahasa Melayu juga perlu lulus cemerlang, ayah.”

“Deck rating, engeneering rating ataupun catering rating tidak memerlukan SPM gred 1 ataupun 2, Sudin,” kata Yaakob. “Lulus dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Satu kepujian dalam salah satu daripada empat mata pelajaran itu.”

“Apabila lulus, dalam masa lima tahun daripada tarikh memegang jawatan Third Officer (Mualim Ketiga), seseorang itu sudah diiktiraf sebagai Master Mariner, tetapi apabila dia menjadi nakhoda, mengetuai kapal dagang dengan panggilan kapten, barulah dikira memenuhi cita-cita sebagai pelaut.”

“Masa itukah gaji Master Mariner dapat mencecah RM12,000 sebulan?” tanya Cikgu Berahim.

“Ya, Cikgu,” jawab Yaakob.


Membaca novel ini telah memahamkan saya mengenai kerjaya dalam maritim dan telah memberi ilham dan panduan kepada saya untuk menulis novel kerjaya dalam bidang ICT pula.

Saturday, May 03, 2008

HOSPITAL BENTONG




HARI ini saya melawat hospital Bentong di Pahang. Hospital ini seluas 7.8 ekar. Di sini terdapat 20 jawatan doktor, namun hanya 8 sahaja yang diisi. Hospital ini mempunhyai 152 katil. Purata pesakit luar ialah 187 orang sehari. Kes kecemasan pula ialah sebanyak 112 kes secara purata sehari.

Jumlah penduduk Bentong ialah 114,900 orang.

SOALAN 1: Adakah wajar bagi hospital ini melaksanakan sistem ICT? Sila berikan komen anda dan jawapan terbaik akan diberikan hadiah.

soalan 2:
Di Bentong terdapat 1 hospital, 4 klinik kesihatan dan 9 klinik swasta.

Hospital Bentong dibuka sehingga 9.30pm untuk pesakit luar (24 jam untuk kecemasan). Saya perhatikan hospital kosong sahaja, sedangkan di klinik swasta, penuh sesak. Kenapa ya?

A. Penduduk Bentong kaya
B. Perkhidmatan H.Bentong tiada kualiti
C. Klinik swasta lebih baik
D. Lain-lain (nyatakan)

Friday, May 02, 2008

BAGAIMANA MENGENALI DOKTOR PALSU ?


DALAM akhbar akhir-akhir ini banyak sekali menceritakan m=tentang doktor palsu. Doktor yang dimaksudkan mereka ialah Doktor Falsafah, ia iatu pemagang ijazah PhD dan bukannya Doktor Perubatan, ia iatu pemegang ijazah perubatan dan pembedahan (MBBS). SUngguhpun begitu, terdapat juga doktor perubatan palsu.

Sekiranya terasa yang doktor yang merawat anda adalah palsu atau tidak berlesen atau mempunyaio lesen amalan kedoktoran yang tidak sah, senang sahaja!. Samada doktor kerajaan atau swasta, anda boleh semak nama mereka di sini . Semua jenis doktor (perubatan) ada di sini. Jika tidak ada, maknanya PALSUlah jawabnya.

Mengenai doktor PhD pula, setakat ini masih belum ada lagi registry untuk mereka dan sekarang adalah masa yang terbaik untuk mewujudkannya. Jika senarai nama orang yang disenarai hitam oleh finance ada, orang bankrup ada, maka orang ada PhD memang tersangatlah patut diwujudkan.

Siapa nak wujudkan?. saya!.

Thursday, May 01, 2008

HARI PEKERJA




HARI ini, 1 Mei ialah Hari Pekerja. Selamat menyambut hari pekerja kepada semua yang bekerja.

29 April yang lalu ialah Hari Webmaster. Selamat kepada semua webmaster

dan 4 April setiap tahun bakal diisytihar sebagai hari ICT

;-)