Pages

Thursday, March 30, 2006

SENJAKALA ATAU DINIHARI?


FOTO ini adakah semasa senjakala atau dinihari? Seingat hati ia diambil semasa senjakala, tetapi bila diimbas-imbas ia seakan-akan dinihari. Entahlah... konfius. Namun dalam kehidupan ada kalanya senjakala dikatakan dinihari, subuh dikatakan maghrib dan sebaliknya. Ah konfius... konfius.

Itu sebabnya denggi merebak sebab nyamuk aedes juga telah confius, ada kalanya tengaharipun macam senja.

Tuesday, March 28, 2006

DARI KINABALU KE FUJIYAMA



Di kaki gunung kinabalu
perhatikan para pendaki
ringan mata memandang
berat lagi kaki melangkah

seronok hati menonton
seronok lagi porter menggalas.

Ahh..... cadangnya 14 - 18 Julai no nak gi mendaki gunung Fuji
(musim mendaki cuma Julai - Ogos sahaja).

Siapa nak ikut program menawan puncak Fujiyama bersama myJICA. hubungi saya.

LAUT TENANG JANGAN DISANGKA MENDAMAIKAN



bangun pagi, buka tingkap, tengok laut, terasa damai.
rupanya inilah catur kehidupan
kerana tiga hari di sini
aku checkmate!.

CIO - Career Is Over.

Thursday, March 23, 2006

How to Start a Blog

About.com Today menyediakan satu siri artikel yang menarik mengenai blog:-






Top Free Blog Software / Hosting for Bloggers
The Internet is littered with abandoned blogs, many of which contain only a few posts, because their proprietors got bored and decided to take up knitting or tennis instead. Until you're sure that you won't be one of these folks, you probably want to minimize your outlay of cash. The best way to do this is to start off with free software and hosting from one of the many services out there.
- Web Logs Guide Sheila Ann Manuel Coggins



To Blog or Not to Blog?
It seems like common sense, but it's worth saying: If you're looking for a job, or like having the job you've got, you probably don't want to start a blog dedicated to your satanic activities or proclivity for huffing paint thinner.
- Job Searching Guide Alison Doyle

Where Can I Host Images for My Blog?
I consider myself a big reader, but I have to admit that I'm twice as likely to read something on the Internet if it has pictures. (Especially if there are cute baby animals involved. Just sayin'.)
- Web Logs Guide Sheila Ann Manuel Coggins

Tuesday, March 21, 2006

REFLEXIOLOGY

BAGI yang berkelapangan, jemputlah ke Putrajaya pada hari Sabtu ini:-

Tajuk: Seminar Reflexology Therapy

Tarikh: 25 March 2006 (Sabtu)

Masa: 9am - 12.30pm

Tempat: Taman Warisan Pertanian, Precint 16, Putrajaya

Penganjur: myJICA

Seminar ini bertujuan untuk memberi pengetahuan am kepada publik tentang urutan untuk kesihatan di samping membantu golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Selain dari sesi teori, sesi praktikal olehjuruurut buta bertauliah juga akan turut diadakan.

Selamat datang.

Monday, March 20, 2006

YANG


yang capik datang bertongkat
yang buta datang berpimpin
yang pekak leka bertanya
yang kecil terambin lintang
yang jarak tolak-tolakan
yang pendek tinjau-meninjau
yang kurap mengekor angin

masing-masing dengan gunanya :

yang pekak pembakar meriam
yang buta penghembus lesung
yang lumpuh penghalau ayam
yang pekung penjemuran
yang kurap pemikul buluh


BEGITULAH peranan masing-masing dalam Alumni kami. Mesyuarat agung yang berlangsung tiga minggu lepas telah mencatat sejarah kerana dihadiri oleh ahli-ahli kami yang berdaftar dengan MAB (Malaysian Association for the Blind) dan juga yang berdaftar dengan MDF (Malaysian Deaf Federation). Juga bengkel kerja berpasukan (team building) yang telah diadakan pada hujung minggu juga telah turut dihadiri oleh mereka. Kedua-dua peristiwa telah berlangsung dengan jayanya.

Namun di manakah kekurangannya? Cuba lihat semula kepada seloka di atas. Apakah peranan orang normal? Tidak ada!!!! (kecuali menulis seloka tersebut, barangkali)

Nak pikul buluh? - takut pekak
Nak hembus lesung? - takut mata masuk habuk
Nak halau ayam? - takut selsema burung
Nak jemur kain? - Takut panas (nanti hitam)
Nak pikul buluh? - ha ha ha nanti miang (memang dah miang pun ;-)


Lantas tidak ramailah ahli di kalangan yang normal yang turut hadir (bukan dari segi bilangan, tapi dari segi peratusnya).

Friday, March 17, 2006

B.E.R.S.A.M.A

HARI ini saya cuti untuk ke INSTUN (www.instun.gov.my)menghadiri satu program kerja berpasukan bertemakan B.E.R.S.A.M.A yang diadakan oleh myJICA (www.myjica.net).




B - Breaking the burriers in working together

E - Enhancing positive and eliminating negatives in working together

R - Reaching common goals- everyone is accountable

S - Scaling the change environment together

A - Achieves vs mere performers in working together

M - Moulding a team working culture together

A - Attributes towards trust and confidence in working together

Thursday, March 16, 2006

PRODUK HALAL DARI IBM



IBM adalah singkatan daripada International Business Machine. Jadi apa kena mengenanya dengan produk halal?. Mesin perlu halal dan disahkan oleh JAKIM ke?.

Dalam tahun 1980an dulu, saya mendengar cerita ada sebuah agensi yang mewajibkan produk yang ditender mendapat sijil halal. Nak tahu apa produk tersebut?. Hmmmmm .... microfish (dieja microfische rasanya). Sebabnya? pegawai yang menjaga tender tidak faham akan produk. Dia ingatkan itu adalah makanan, iaitu ikan. Samalah halnya dengan cip (chip) kot. Jika nak dibekalkan microchip, juga dikehendaki ada sijil halal kerana disangka potato chip. Itu dulu.

Tapi 2 minggu lepas saya memang terima sampel produk halal dari IBM. Lihatlah gambar (kurang jelas perkataan halalnya, tapi ia dari JAKIM).
:)

Wednesday, March 15, 2006

BELUM DUDUK SUDAH BERLUNJUR

JIKA kita ikut adat resam @ methodologi Melayu, kita tidak boleh berlunjur sebelum kita duduk. Ini bermakna kita juga tidak boleh berlari sebelum berdiri. Masih sah lagikah peraturan sedemikian?. Bagaimana sekiranya perkara tersebut boleh dilakukan?. Contohnya jika ada orang yang boleh berlunjur tanpa duduk atau boleh berlari tanpa berdiri terlebih dahulu. Bukankah ia dikira sebagai advance?. Atau adakah ia dikira sebagai tidak mengikut adab?. Entahlah.

Aku: Ini berlari dulu sebelum berdiri, mana boleh?

Dia: Siapa kata tidak boleh. Itu kan dah berlaku, bolehlah.

Aku: Peraturan kata tak boleh, jika bolehpun maka ia adalah salah dari segi peraturan.

Dia: Tak kan semua perkara kena ikut peraturan

Aku: Ya, tidak semua benda perlu ikut peraturan. Jika bagus boleh buat saja. Tapi yang dia berlari tu memang tidak betul. Dia lari tempang tu. Saya yakin dia tak akan sampai ke garisan penamat. Saya risau sebab saya juga yang akan angkut dia dalam stretcher nanti.

Dia: Awak ni terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Dia dah berlari, baguslah. Ini yang lain suruh berdiripun tak boleh, nak buat apa? Kalau jatuh half-way pun dia dah jauh ke depan.

Aku: OKlah kalau itu betul tak apalah, Aman tak kisah ....

Sebenarnya saya tak minat nak mengarut mengenai pepatah @ etika tersebut, tetapi mengenai perkara lain yang hampir sama mengenainya.

Tuesday, March 14, 2006

CAREER IS OVER (CIO)


Ini foto CIO satu Malaysia (mba ada kat situ).


Ini foto CIO sektor awam malaysia.

Hmmm... apa? ramai sangat? oooo kecik sangat?. Nak yg besar sikit gi tengok kat http://mba2u.textamerica.com

hehe.

Monday, March 13, 2006

MENCARI BLOGGER DARI SARAWAK

SAYA ingin mencari blogger dari Sarawak, atau blogger Semenanjung yang ingin ke Sarawak.

myJICA akan menganjurkan satu bengkel penulisan weblog untuk ahli-ahlinya di Kuching, Sarawak. Bengkel ini akan diadakan pada hari Sabtu dalam masa terdekat. Tempat bengkel mungkin INTAN Sarawak atau MKM Sarawak atau hotel (pilihan terakhir). Peserta sekitar 10-15 orang sahaja.

Mengapa perlukan blogger dari Sarawak?.
- Untuk menjadi tenaga pengajar dalam bengkel tersebut.

Mengapa tidak ambil orang Semenanjung saja?
- Nak jimat kos. Jika ambil orang semenanjung, saya kena beri mereka tambang belon dan juga penginapan. Jika begitu lebih baik saya saja yang pergi. Betul tak?.

Oooo nak blogger Sarawak, Nak free ke?.
- Bukan free, kita bayarlah sikit elaun mengajar. Ala kadar.

Blogger dari semenanjung pulak macamana?
- Kalau yg memang ada urusan di Kuching, boleh kita uruskan.
- Kita boleh beri tambang atau penginapan

Menginap kat mana tu?
- Kalau bukan di hotel, masakan kita beri rumah panjang!
- Rumah persatuan pun ada kat Kuching

Silibus macamana nak ajar?
-Itu kita boleh bincang, ala... ajar macamana nak buat blog, macamana nak tulis ala kadar.... sonang ba ito!.

Bila?
-Sabtu yg terdekat (boleh bincang).

==> OK yang berminat bolehlah hubungi saya.

Friday, March 10, 2006

SEMOGA TIDAK BEGITU

THE SPINNAKER

Di hujung sana kelihatan seorang lelaki separuh umur. Barangkali sama usia dengan aku. Dari cara dia berpakaian, overall biru aku rasa dia adalah pekerja kapal. Mungkin kelasi, mungkin juruteknik atau apa saja. Sudah tentu dia bukan seorang kapten mahupun pemilik kapal. Dari raut wajahnya, nampaknya dia seorang Melayu dan Melayu sudah tentu berugama Islam tentunya. Cuma aku berharap dia bukannya berbangsa Melayu dan bukan Islam tentunya. Andai kata tekaan pertama aku itu betul, sudah tentu sudah rosak binasalah bangsaku.

1211

Sudah lima hari bermalam dan bersiang di bilik hotel. Kalau nak ikutkan kelayakan, memang dah lama layak. Semua pakaian busuk yang ada ni perlu dihantar dobi di hotel ini saja. Tapi aku ni sedikit malas barangkali. Apalah perlu dobi-dobi? Basuh sendiri sajalah!. Dan akupun basuhlah sendiri baju-baju aku. Pelik ke? Alahai, kat rumahpun basuh sendiri (tapi mesinlah yang basuhkan). Jangan susahkan diri sendiri dengan kehidupan yang complicated. (bukankah harga minyak dah naik 30 sen?).

PORT YANG DITINGGALKAN

Masuk hari ini sudah 10 hari ofis ditinggalkan. Ini dapat mesej lagi supaya ke Langkawi pula lepas ini. Lepas ni in-tray rasanya sudah melimpah ler. Aduhai…… malasnya aku. Kadang-kadang tu bila berada di luar pejabat, lagi banyak kerja yang jalan. Keputusan boleh dibuat melalui SMS sahaja dan boleh jalan. Jika kita berada di ofis, kena perlu lalui mesyuarat demi mesyuarat, perbincangan demi perbincangan dan hasilnya tidak juga jalan. Oleh kerana nak jimatkan duit minyak, mesej dalam SMS juga pendek saja. JALAN.

Thursday, March 09, 2006

DARI KK KE LABUAN

(posting kali ke2, setelah yang pertama terpadam sendiri oleh diarist)

CHECK OUT dari Magelan Sutera seawal 8 pagi. Kami menuju Kundasang, ke entry point gunung kinabalu, terus ke ranau dan dalam perjalanan pulang menaiki jambatan gantung tamparuli.

Tiba semula di KK jam 3. Singgah di pasar Filipina dan transit sebentar di JPP sebelum ke airport. Penerbangan ke Labuan jam 8.50. Namu sebaik tiba di airport, penerbangan jam 6 masih berbaki, nah terbang awal kitak ke Labuan.

Dibalai berlepas, ketemu Zur yang sama-sama menuntut di Leeds dulu (dia di Huddersfield sebenarnya). Tiba di Labuan, azan maghrib berkumandang. Zur menawarkan diri untuk hantar ke hotel dengan kereta jabatan yang menunggunya. Ah... orang mengantuk disorongkan bantal. Tiba kitak di hotel Waterfront Labuan ini.

Sememangnya untuk ke sini, tidak ada menghubungi sesiapa. Saja tak mau susahkan sesiapa. Hajat nak naik teksi saja. Ia adalah lebih murah berbanding naik kereta ofis. Jimat duit kerajaan, jimat duit sendiri. Mengapa?. Jika naik teksi, hanya tambang sahaja yang perlu dibayar berbanding dengan kos-kos lain yang perlu diserap jika menggunakan kereta ofis. Drebar teksi juga tak tuntut elaun kerja lebih masa.

Semasa di KK semalam, ramai kenalan yang mencadangkan agar ambil bot saja ke Labuan ini. Perjalanan 2 jam bersama ayam-itik dalam bot tentunya terasa terlalu lama...

Tiba di Waterfront malam tadi, terasa malas nak makan. Namun takut juga kelaparan tengah-tengah malam. Cari mee maggi kita di mall berhampiran.

labuan ini
pulau kecil yang sibuk
kapal berlabuh

Wednesday, March 08, 2006

DARI KAKI GUNUNG KINABALU

MBA kini berada di kaki gunung Kinabalu, memerhatikan beberapa kumpulan pendaki yang memulakan pendakian.

cuaca kabus
dingin udara pagi
di kinabalu

Monday, March 06, 2006

MASALAH TIDAK PANDAI BERCAKAP

SEMENJAK dilahirkan, rasanya mula-mula kita berlajar bercakap. Lepas itu kita berlajar menulis. Kemudian barulah kita mula bekerja.

bercakap dan menulis adalah penting untuk bekerja. Ada kalanya kita diminta menulis. Ada ketikanya kita disuruh bercakap. Pernah juga sesekali kita diminta 'sila bercakap dengan fail'.

Dalam menjalankan biasanya hampir semua pegawai boleh menjalankan kerjanya. suruhlah apa saja, berilah tugasan, arahlah, semua boleh dibereskan. Namun ada tapinya...

TAPI jangan suruh saya menulis. Saya boleh buat kerja, tapi bab menulis ni kureng sikitlah... Ada yang boleh buat kerja, boleh menulis, tapi bab bercakap: minta maaf sajalah. Saya tak reti berkakap.

Nampaknya ramai pegawai yang tak reti bercakap. Mungkin bercakap adalah merupakan bakat tersendiri. Mungkin ia adalah suatu anugerah. Mungkin ya, mungkin tidak.

Ketiga-tiga kebolehan tadi iaitu bercakap, menulis dan bekerja mungkin tidak dipunyai oleh semua orang. Biasanya yang pandai dan cekap bekerja mungkin tidak pandai bercakap. Yang pandai bercakap pula biasanya hanya omong kosong sahaja. Cakap serba-serbi boleh, tapi sekadar cakap sajalah, hasil kosong. Sebahagian, tidak semua.

Mungkin sudah tiba masanya untuk diadakan kursus bercakap dan berbual-bual. Ia amat penting untuk menjalankan kerja. Apa tidaknya, jika kerja adalah mesyuarat, maka yang banyak bercakaplah yang dikatakan banyak dan pandai bekerja. Masakan ahli mesyuarat yang diam dikatakan banyak berfikir dan pandai bekerja? Memang kerja mesyuarat ialah bercakap dan hanya setiausaha mesyuarat sahaja kerjanya menulis.

Ini jam kena bercakap-cakap sajalah. Di mana agaknya ada kursus atau bengkel bercakap atau berbual?.

.... Dari udara laut cina selatan
dalam penerbangan menuju kk.

dari angkasa
terbang menuju kk
azam di langit

Saturday, March 04, 2006

KEMPEN BUKU HIJAU

Tanam, Ternak Guna Sendiri,
Jimat Cermat Bina Ekonomi


INDAH sungguh tema kempen buku hijau di atas. Mulai sekarang kita kenalah fikir.... apa yang nak ditanam untuk makan sendiri. Apa yang nak diternak untuk kegunaan sendiri. Berjaya ke?. Harap-harap ia akan BERJAYA. Moh fikir-fikir apa yang nak ditanam, apa yang boleh diternak.

Tapi kan.... mengapa kempen sebegini tidak diutamakan?. Contohnya, akhbar utama nasionalpun tak memberitakan berita dan kempen ini di muka utama mereka. Walaupun berita dipetik semasa pelancaran kempen, gambar dirakam semasa kempen, namun apa yang diceritakan ialah perkara lain. Ia itu mengenai jambatan kedua dan kenaikan harga minyak.

Macamana kempen boleh berjaya?.

Jawabnya BLOG: tulis sendiri, baca sendiri, jimatkan RM1.50 sehari!. ;-)

Friday, March 03, 2006

UBAH CARA HIDUP 30 SEN

GARA-GARA kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter, kita semua diminta untuk mengubah cara hidup:-

- Kurangkan/tidak guna kad kredit
- Makan makanan yang dimasak sendiri
- Jimatkan elektrik
- Jimatkan air
- Gunakan Internet seadanya
- Jangan kerap sangat hantar SMS
- Kurangkan kekerapan berblog.

ha ha ha apa kena mengenanya dengan kenaikan harga minyak?.

Thursday, March 02, 2006

BERJALAN-JALAN

1-3 Mac di Melaka
6-8 Mac di Kota Kinabalu
9-11 Mac di Labuan

Setiap Jumaat-Ahad sepanjang April, kerja luar pejabat.
Nampaknya memang kena kerja 7 hari seminggu yang panjang.

[So jika ada Internet sepanjang perjalanan dan ada keinginan, blog ini akan dikemaskini, jika tidak faham-faham sajalah]