Labels

Thursday, September 30, 2004

LOGO HALAL PADA MAKANAN HARAM



penanda halal
ayam tanpa sembelih
tinggalah logo

HEBOH satu Malaya mengenai berita perbuatan biadab sebuah kilang penyembelihan kepunyaan orang kafir yang mempunyai logo halal, tetapi menyimpan ayam 'halal' bersama-sama dengan daging babi. Ia berlaku semalam. Serbuan hari ini pula mendapati babi-babi tersebut telah tidak lagi kelihatan, namun pemeriksaan mendapati ayam 'halal' tersebut tidak disembelih mengikut kehendak Islam. Ia hanya ditoreh sedikit pada lehernya sahaja. Semoga Allah mengampuni dosa kita yang mungkin telah termakan ayam 'halal' tersebut yang dibuat dalam pelbagai bentuk dan jenama.

Khabarnya Malaysia berpotensi menjadi hub produk halal untuk seluruh dunia. Namun jika sijil halal dijual kepada orang kafir begini, setakat manakah keyakinan kita bahawa produk tersebut adalah halal?. Halalkah orang kafir yang menyediakan makanan dan produk 'halal' untuk umat Islam?. Jika di zaman dulu, orang Islam boleh memakan sembelihan ahli kitab, namun sekarang si kafir ini telah menggunakan kitab lain. Patutkan sijil halal 'dijual' kepada orang kafir?. Samada patut atau tidak, ia menunjukkan kelemahan orang Islam sendiri dari pelbagai lapisan, samada yang mengeluarkan sijil, yang menguatkuasa, yang membeli dan yang menggunakan.

Saya ingin menyeru kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia supaya mendesak kerajaan Malaysia hanya mengeluarkan sijil dan logo halal kepada produk makanan, khususnya penyembelihan kepada orang Islam sahaja. Bagi produk halal lain, sepatutnya orang Islam menggunakan tanda halal dengan perkataan tambahan, seperti 'Produk Orang Islam'.

No comments: