Labels

Saturday, July 31, 2004

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA


KEBANYAKAN orang kita faham benar mengenai kenyataan di atas, namun dari segi praktiknya adalah berlawanan sekali. Kebanyakannya hanya tertumpu kepada perkara-perkara besar sahaja. Misalnya:-
+ matlamat nak buat masjid tidak boleh caranya dengan menjual loteri
+ matlamat nak derma kepada pesakit caranya tak boleh buat konsert haram
+ dan sebagainya lagi

Namun perkara yang dianggap kecil selalu sangat dilanggar. Setiap hari Jumaat kita akan dapati perkara ini berlaku di masjid. Pada hari Jumaat kita digalakkan datang ke masjid awal dan duduk di saf hadapan kerana banyak pahalanya berada di saf hadapan. Jadi, demi untuk merebut pahala berada di saf depan, ramai sangat orang-orang alim ni, yang main tolak-tolak dan tonyoh-tonyoh kepala makmum yang sedang asyik khusuk berwirid (baca tidur). Ini ialah kerana mereka datang lambat, namun nak juga duduk kat depan.Jadi terpaksalah langkah sini, tolak sana dan sungguh mengganggu ketenteraman masjid. Rasa-rasanya pahala duduk di saf depan yang dikejar adalah lebih kecil berbanding dengan dosa mengganggu orang lain yang dah duduk elok-elok dalam saf. Hmmmmmm lain kali kalau nak duduk depan, datang awal ya...

2 comments:

Anonymous said...

Saya akan ikut skrip yg standard.

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat di dunia. Saya dan seluruh makhluk bumi ini akan bookmark blog anda!

Orang lain ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat ada di sana.

Lawatilah website mereka bila ada masa lapang, kesian. desperate tapi x malu dalam mencari rezeki dan membuktikan matlamat menghalalkan cara:-)

PinkyB said...

Hmm. Saya kurang bersetuju dengan bbrp perkara.

Saya rase orang2 yg datang awal ke masjid pon, kalau penuh berkumpul depan pintu masjid, tak berguna juga. Dah la pahala kurang, lepas tu menghalang makmum2 lain dari masuk semayang di saf2 hadapan yg ternyata kosong (di sini situasinya berlainan, saf depan kosong, tapi org penuh kat pintu/belakang masjid).

Jadi kadang2, mmg terpakse lah makmum yg datang lambat mencelah sampai ke saf hadapan yang kurang sesak. Kerana pilihannye amat terhad:
1) Tunggu di luar sehingga bilal iqamat dan kemudian cuba berebut untuk mendapatkan saf.
2) Mencelah makmum2 yang sedang duduk (yang datang awal tapi duduk belakang)

Pada pendapat saya, elok pilihan #1 drpd #2.