Labels

Monday, May 31, 2004

GOLF: sukan atau ....?

BERMACAM sinonim diberikan kepada perkataan GOLF. Di antara yang popular termasuklah "Golongan Orang Lemah Fikiran" dan "Golongan Orang Lupa Famili". mba tercuit untuk menulis mengenainya apabila terbaca temuramah dengan bekas menteri kabinet mengenai nasib golongan veteran yang telah tidak memegang apa-apa lagi jawatan penting. Beliau mempunyai handicape 7 dan tidak banyak orang yang mempunyai 'single handicape' dalam permainan ini. Ini bermaksud tidak ramai orang yang tahu bermain golf. Walau bagaimanapun memang ramai pemain dan peminat golf di negara kita ini. Kebanyakan daripada mereka memang tidak tahu bermain (diukur dari handicape mereka). Yang lain pula bermain kerana suka-suka atau terpaksa.

Banyak cerita kita boleh dengar mengenai permainan golf ini. Banyak deal perniagaan dibuat atas padang golf. Ada juga cerita promotion juga boleh berlaku atas padang golf. Namun begitu ada juga cerita duka di padang golf ini.

Berbalik kepada temubual yang dimaksudkan, beliau agak terkilan apabila tidak lagi menerima jemputan untuk bermain golf setelah tidak lagi memegang jawatan dalam kabinet. Menurut beliau perkara ini adalah sesuatu yang begitu lumrah di negara kita ini. Golongan veteran yang 'tidak boleh memberi apa-apa' lagi akan dipinggirkan begitu sahaja. Biasalah kan? semut hanya menghurung gula. Apabila habis manisnya, semutpun tiada lagi.

Ini menunjukkan bahawasanya golf bukanlah sukan, tetapi sokan....
+ Ramai orang kita tunggu dijemput untuk main golf (nak main free?)
+ Jemputan bermain golf hanya untuk yang tidak pandai (handicape besar) - takut kalah?
+ Seseorang boleh bermain/berlawan golf seorang diri (hantam sajalah)
+ Ada orang bersara awal untuk bermain golf (ini pemain golf pro)
+ Petanda bos yang sibuk (saya dah seminggu tak main golf ... wow sibuk betul ni... )
[stop]

2 comments:

ep said...

Hormat.. pada kedudukan atau pada diri. Sekiranya pada kedudukan maka hormat itu akan hilang dengan hilangnya kedudukan. Tetapi sekiranya hormat pada diri maka ianya akan berkekalan. Begitulah juga dengan jemputan atau undangan untuk bermain.

mba2u said...

setuju sangatlah tu.... biasanya mereka lebih hormat pada "kerusi" daripada orang yg duduk atas kerusi tersebut. Itulah jadinya....